Skip to main content

REMPAH BASAH INANA ATAU KARI IDUP KATA ORANG SARAWAK


Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua sahabat sahabat di luar sana.

Hari ini sheena ingin memperkenalkan rempah basah dan saya pasti ada yang mengetahui tentang rempah ini dan ada yang kurang mengetahui apa itu rempah basah ini.

Rempah basah ini sama seperti rempah serbuk yang lain cuma ya dicampurkan mengikut kehendak pelanggan,

Kalau anda pernah pergi ke pasar pasar basah ada sesetengah mereka menjual rempah basah ini kepada pelanggan. Apa yang menyebabkan rempah ini agak terkenal di sarawak adalah kerana rempah ini mempunyai rasa yang agak sedap dan ada juga yang mencampurkan lagi rempah ini dengan serbuk supaya rempah kari lebih sedap.

Bagi sheena ramai pelanggan membeli dalam nilai rm1 dimana kebiasaan nya untuk setengah kilo ayam adalah bersamaan dengan rm1 dan begitulah seterusnya.



rempah basah inana
rempah basah inana
Keunikan kari basah ini di Sarikei terutamanya semua bangsa tak kira Melayu, iban, cina dan lain lain bangsa yang ada di sini memang berminat membeli kari basah. Seperti kata orang Sarawak Kari idup. Disebabkan ya boleh memekatkan kuah kari itu sendiri.

Di Sarikei anda juga boleh membeli rempah basah ini di bawah Open Air Sarikei. Hanya orang orang yang berada disekitar Sarikei tahu dimana tempatnya. Dan kalau anda berminat ingin mendapatkan rempah kari basah anda juga boleh terus berhubung dengan saya Sheena dan di bawah ini saya sertakan no telefon saya.

KLIK LINK INI  untuk ke whatsapp saya

Anda juga boleh KLIK LINK INI untuk ke facebook saya


Comments

Popular posts from this blog

ASAM PEDAS

 Assalamualakum dan salam sejahtera semua nak tahu tak pes asam pedas Inana ni salah satu produk Inana yang sudah sheena jual pada 2016 lagi. Rasanya sangat sedap dipadankan rasa masam dan pedas hanya makan dengan nasi panas panas. Nak masak pun mudah tau!! Asam pedas ni sheena datangkan dalam dua jenis masakan iaitu asam pedas untuk ikan dan asam pedas ayam dan daging ..sedap sekali makan nak lagi tau.. Saksikan cara manual asam pedas untuk daging... Nak dapatkan produk Inana anda boleh hubungi sheena melalui link ini  klik di sini

Premix oden, premix kerutok dan premux shellout

Assalamualaikum semua, selamat pagi.Hari ini sheena memperkenalkan premix keluaran inana. Mudah nak guna buka plastik dah boleh hidu keharumannya.   Semua premix ini boleh dipelbagaikan dan terpulang pada kepakaran anda sendiri tau.. Sheena masih buka kelas pjj serbuk, jadi pada yang berminat boleh whatsapp sheena di 0169724191

BUNGA LAWANG

Bunga lawang (bahasa Inggeris: star anise) ialah sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Ia dikatakan berasal dari Indochina dan Jepun. Selain digunakan dalam masakan Melayu, ia juga boleh ditemui dalam masakan Timur Tengah dan India. Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak.Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan diEropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu. Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman.Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil.Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning.Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari. Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama sepe...