Skip to main content

KENAPA SAYA MEMILIH UNTUK MENJADI USAHAWAN REMPAH RATUS SEDANGKAN SAYA TAHU MENGENAI BANYAK BIDANG LAIN



Assalamualaikum.dan salam.sejahtera dan selamat pagi buat semua sahabat sahabat.
















Berbalik kepada topik saya diatas kenapa saya minat sangat menceburi bidang
rempah ratus berbanding bidang lain. Saya mempunyai diploma perbankan daripada UITM Cawangan Sarawak cuma pada masa dulu dikenali sebagai Institut Teknologi Mara.

Saya dilahirkan dari keluarga yang agak susah dan ibu saya menjual rempah ratus yang pada ketika itu hanya rempah basah dan kering.

Saya membantu ibu menggiling rempah dari usia saya masuk darjah 5. Sampailah saya habis belajar ibu masih menjual rempah ratus. Keadaan kami pada masa itu saya tidak akan lupa sampai bila bila termasuklah terpaksa makan nasi campur garam.

Semasa ibu bersalin sayalah orang yang akan menjaga kedai ibu dan menjual rempah ratus. Sebagai anak sulong memang menjadi tanggungjawab saya.

Pengalaman yang saya tidak akan lupa sampai bila bila😞 hanya allah sahaja yang tahu dan pada dia juga lah saya memohon agar panjangkan umur keduanya supaya dapat melihat kejayaan anak anaknya.😢

Saya percaya ramai yang tinggal di sekitar SARIKEI, DARO,TANJUNG MANIS,SIBU kebanyakkan kenal dengan ibu saya iaitu Puan Aminah Ibrahim.

Sampai sekarang walaupun pada permulaan saya memang tidak terlintas sedikit pun untuk menjadi usahawan rempah sehinggalah selama 20 tahun saya bekerja makan gaji dan kontrak saya ditamatkan.😞

Banyak bidang yang saya ceburi daripda menjadi guru sambilan pada tahun 1996  saya menceburi bidang komoditi, bekerja di pejabat sebagai financial advisor dan banyak lagi.

Orang yang banyak mendorong selain ibu saya adalah suami saya yang tidak pernah putus putus memberi semangat untuk saya. Semoga Allah memberi keluasan rezeki buat suamiku. Allah demi keluarga dan anak anak saya saya kuatkan semangat untuk berniaga walaupun agak sukar buat saya pada permulaannya.

Saya tidak akan lupa tempat pertama saya mula berniaga di sentral market walaupun pada mulanya saya tidak mempunyai tempat untuk berniaga tetapi ada sahabat sahabat saya yang baik hati memberi sedikit ruang kepada saya. Dan saya amat berterima kasih kepada mereka.

Dari situ saya belajar menjual pes segera inana yang saya letakkan didalam cup sahaja.

Dan semenjak itu saya terus belajar dan terus berusaha memperbaiki kelemahan saya .

Terima kasih pada keluarga, sahabat sahabat saya yang tidak pernah putus putus memberi semangat walaupun ya bukan mudah untuk memulakan perniagaan banyak liku dan berduri.

Bukan senang untuk senangkan, kena usaha tawakal dan selebih nya saya serahkan kepada Allah Taala.



































Comments

Popular posts from this blog

ASAM PEDAS

 Assalamualakum dan salam sejahtera semua nak tahu tak pes asam pedas Inana ni salah satu produk Inana yang sudah sheena jual pada 2016 lagi. Rasanya sangat sedap dipadankan rasa masam dan pedas hanya makan dengan nasi panas panas. Nak masak pun mudah tau!! Asam pedas ni sheena datangkan dalam dua jenis masakan iaitu asam pedas untuk ikan dan asam pedas ayam dan daging ..sedap sekali makan nak lagi tau.. Saksikan cara manual asam pedas untuk daging... Nak dapatkan produk Inana anda boleh hubungi sheena melalui link ini  klik di sini

Premix oden, premix kerutok dan premux shellout

Assalamualaikum semua, selamat pagi.Hari ini sheena memperkenalkan premix keluaran inana. Mudah nak guna buka plastik dah boleh hidu keharumannya.   Semua premix ini boleh dipelbagaikan dan terpulang pada kepakaran anda sendiri tau.. Sheena masih buka kelas pjj serbuk, jadi pada yang berminat boleh whatsapp sheena di 0169724191

SERBUK KARI IKAN

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua  Lama juga sheena tak update rumah sheena ni kan..Alhamdulillah hari ini sheena ada kesempatan untuk update rempah ratus yang ada di kedai sheena, Tajuk sheena hari ini memngenai kari ikan, sheena akan tunjukkan cara masak memggunakan serbuk kaei ikan Inana yang ada di youtube sheena jadi tonton sampai habis tau!!! Serbuk kari inana ni 100% daripada bahan bahan asli yang sheena kisarkan semdiri. Mudah cara menggunakannya  Sheena datangkan dalam 5 bentuk serbuk kari ikan, premix kari ikan, pes kari ikan, kuah kari ikan dan kiub kari ikan. Untuk pertanyaan lanjut anda boleh berhibung dengan sheena  dengan mengisi borang di bawah ini