Skip to main content

10 Rahsia Kecantikan Dari Thailand Yang Mesti Anda Amalkan, Petua No. 7 Tu Memang Senang Je Nak Amalkan!…



Kecantikan wanita Thailand memang tidak dapat dinafikan. Lihat selebriti Thailand antaranya Pattie Ungsumalynn dan Aom Sushar Official memiliki kecantikan yang memukau.


Kecantikan wanita Thailand memang tidak dapat dinafikan.Admin kumpulkan rahsia kecantikan terbaik dari Negara Gajah Putih ini, cubalah!

THAILAND, sebuah negara yang kaya dengan budaya, adat resam dan menjadi tumpuan pelancong kerana terkenal dengan kecantikan pulaunya. Bukan pulau sahaja yang cantik, malah kecantikan wanita Thailand juga dikagumi semua. Daripada petua kekal awet muda agar tidak dimamah usia hinggalah cantik luar dan dalamnya, wanita Thailand ada rahsia dan ritual cantik mereka. Eksklusif kami bongkar rahsia cantik wanita Thailand agar jadi panduan buat kamu semua.

1. Makanan yang Kaya dengan Herba dan Rempah-ratus


Herba dan rempah-ratus mempunyai khasiatnya yang tersendiri untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman. Maka, tidak hairanlah kebanyakan masakan Thai menggunakan herba dan rempah-ratus dalam setiap menu. Antara herba dan rempah-ratus yang sering digunakan seperti kunyit, serai, asam jawa, rempah kari, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, daun kesum dan daun pudina.


Herba dan rempah-ratus berkesan untuk kesihatan dalaman kerana ia melancarkan peredaran darah, melawaskan sistem pencernaan dan meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Selain itu, bahan-bahan ini juga merupakan sumber semula jadi pelbagai vitamin seperti vitamin A dan C yang baik untuk kecantikan kulit dan rambut.

2. Minuman Ala ‘Detox’


Minuman ala ‘detox’ pula cukup sinonim dalam kalangan wanita Thai. Selain menghilangkan dahaga, ia juga berfungsi menyingkirkan toksik dan lelemak daripada badan. Salah satu jus ‘detox’ yang terkenal dalam kalangan masyarakat Thai ialah jus serai.

Jus ini adalah campuran serai dan limau nipis. Untuk membuang lemak dan angin dalam badan, ambil tiga batang serai dan rebus bersama dua cawan air. Biarkan ia mendidih sehingga tinggal satu cawan air. Kemudian, minumlah semasa masih panas. Amalkannya selalu agar badan terasa lebih ringan.

3. Amalan Berurut

Amalan berurut juga menjadi simbolik kepada negara gajah putih ini. Golongan wanita di sana lebih senang menjadikan amalan berurut sebagai rutin kecantikan mereka. Ini kerana berurut dapat melancarkan peredaran darah, merehatkan badan dan mampu menenangkan fikiran. Apa kata kamu cuba buat sendiri minyak urut dengan ramuan berikut:

Minyak kelapa (dibuat menggunakan santan daripada sebijik kelapa yang dimasak sehingga menjadi minyak)
3 camca besar halba
4cm halia
4cm kunyit hidup
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah

CARANYA: Tumbuk kasar halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah. Kemudian, masak bersama halba dan minyak sehingga panas. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kering agar tahan lama. Sapukan minyak ini pada seluruh tubuh ketika kamu berurut.

4. Santan Kelapa
Satu lagi rahsia cantik wanita Thai adalah rambut mereka yang sihat, hitam dan lebat. Ini kerana mereka lebih selesa menggunakan sumber asli untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik secara semula jadi. Caranya mudah saja, lembapkan rambut dengan santan pekat selama 30 minit, kemudian bilas. Hasilnya, rambut kelihatan hitam, bersinar dan lebat.

5. Limau Nipis


Limau nipis juga banyak digunakan dalam masakan dan minuman Thai. Kaya dengan kandungan vitamin C, limau nipis juga berupaya mengharumkan rambut. Jika kamu berkesempatan, cuba petua kecantikan wanita Thai ini. Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris, kemudian gosokkan ke seluruh kulit kepala. Biarkan beberapa minit, selepas itu cuci sehingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh meredakan pening dan menyejukkan kepala.

6. Rawatan Haba
Rawatan haba pula menjadi satu kemestian bagi kebanyakan wanita Thai. Amalan seperti bertungku menggunakan herba, stim wajah, sauna dan penggunaan batu sungai yang dipanaskan menjadi sebahagian daripada ritual cantik untuk memiliki tubuh yang langsing. Amalan ini juga dipercayai dapat membantu melancarkan sistem peredaran darah, memecahkan lelemak, menaikkan seri wajah serta menyingkirkan toksik melalui peluh. Tubuh terasa lebih ringan dan segar jika amalan rawatan haba dilakukan secara teratur.

7. Kunyit
Jika wanita India menggunakan kunyit untuk menyerikan wajah, begitu juga dengan wanita Thai. Kunyit sering digunakan dalam penghasilan produk kecantikan seperti skrub dan sabun di Thailand. Sifat kunyit yang mengandungi antiseptik berupaya menghilangkan jerawat malah membantu mencerahkan kulit. Berikut adalah ritual cantik wanita Thai untuk melicinkan kulit wajah meng- gunakan kunyit:

CARANYA: Ambil 1cm kunyit hidup, setengah camca asam jawa dan bedak sejuk. Campurkan semua bahan dan sapukan pada wajah setiap hari sebelum tidur. Insya-Allah kulit wajah lebih licin.




8. Lulur


Satu lagi kemestian dalam ritual cantik wanita Thai adalah amalan berlulur. Mereka melakukannya untuk memiliki kulit yang licin dan lembut. Selain kunyit, wanita Thai juga menggunakan beras, bunga-bungaan, halia, asam jawa serta buah-buahan sebagai bahan lulur. Antara kelebihan lulur badan adalah:

Kulit tubuh lebih halus.
Kulit lebih cerah dan gebu.
Menanggalkan sel-sel kulit mati.
Memudar dan menghilangkankesan parut.
Melancarkan peredaran darah.

9. Lidah Buaya

Tidak lengkap ritual wanita Thai tanpa menggunakan daun lidah buaya. Khasiat gel daripada daunnya berkesan menghilangkan jerawat. Maka tidak hairanlah mengapa daun lidah buaya sering digunakan dalam penghasilan produk kecantikan. Gel lidah buaya juga sesuai untuk menegangkan kulit wajah yang kendur sekali gus mengurangkan kedutan. Ia juga dapat dijadikan sebagai bahan pelembap untuk kulit dan rambut.

10. Masker Betik

Wanita Thai gemar menggunakan masker betik kerana ia kaya dengan Vitamin A yang menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru. Betik adalah sumber antipenuaan serta bahan pencerahan semula jadi yang dapat merawat kulit kendur.



credit

Comments

Popular posts from this blog

ASAM PEDAS

 Assalamualakum dan salam sejahtera semua nak tahu tak pes asam pedas Inana ni salah satu produk Inana yang sudah sheena jual pada 2016 lagi. Rasanya sangat sedap dipadankan rasa masam dan pedas hanya makan dengan nasi panas panas. Nak masak pun mudah tau!! Asam pedas ni sheena datangkan dalam dua jenis masakan iaitu asam pedas untuk ikan dan asam pedas ayam dan daging ..sedap sekali makan nak lagi tau.. Saksikan cara manual asam pedas untuk daging... Nak dapatkan produk Inana anda boleh hubungi sheena melalui link ini  klik di sini

Premix oden, premix kerutok dan premux shellout

Assalamualaikum semua, selamat pagi.Hari ini sheena memperkenalkan premix keluaran inana. Mudah nak guna buka plastik dah boleh hidu keharumannya.   Semua premix ini boleh dipelbagaikan dan terpulang pada kepakaran anda sendiri tau.. Sheena masih buka kelas pjj serbuk, jadi pada yang berminat boleh whatsapp sheena di 0169724191

BUNGA LAWANG

Bunga lawang (bahasa Inggeris: star anise) ialah sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Ia dikatakan berasal dari Indochina dan Jepun. Selain digunakan dalam masakan Melayu, ia juga boleh ditemui dalam masakan Timur Tengah dan India. Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak.Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan diEropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu. Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman.Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil.Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning.Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari. Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama sepe...