Skip to main content

Posts

Showing posts with the label PALA

BUAH PALA

Buah pala (bahasa Inggeris: nutmeg) ialah satu genus tumbuhan tropika yang pokoknya malar hijau. Ia berasal dari Asia Tenggara dan Australasia. Buah pala penting untuk dijadikan sebagai rempah. Buah pala sebenarnya ialah biji pokok ini, dan berbentuk seakan-akan telur dengan ukuran 20-30 milimeter panjang dan 15-18 milimeter lebar, sedangkan selaput biji palan ialah aril atau kulit bijinya yang berwarna merah dan kelihatan kering dan seakan-akan renda. Spesies yang paling penting dari segi perdagangan ialah Pokok Pala Biasa atau Harum, Myristica fragrans, yang berasal daripada Kepulauan Banda di Indonesia; pokok ini juga didapati di Caribbean, khususnya di Grenada. Spesies yang lain termasuk Pokok Pala Papua, M. argentea, dari New Guinea, dan Pokok Pala Mumbai, M. malabarica, dari India; kedua-dua ini dipergunakan sebagai bahan lancung untuk produk-produk M. fragrans. Pokok pala mempunyai ketinggian di antara 4-15 meter dan bersifat ‘unisek’, iaitu pokok hanya mengeluarkan bunga janta...