Skip to main content

KETUMBAR

Ketumbar merupakan tumbuhan saka. Baunya yang harum disebarkan melalui buah lembut berwarna hijau dan apabila matang bertukar kepada warna kuning kecoklatan. Ketumbar berasal dari daerah Mediterranean, Afrika Utara dan Asia Barat Daya, dan telah ditanam secara meluas di Eropah, Utara Afrika, India, Amerka Selatan, Malaysia, Thailand dan China. Ketumbar hidup baik dalam kawasan tanah hitam dan kontang.


Ketumbar adalah tumbuhan lembut dan tidak berbulu yang boleh bertumbuh hingga ketinggian 50 cm [20 inci]. Daun-daunnya berbagai-bagai bentuknya, iaitu bercuping luas pada tapak tumbuhan, dan lembut lampai pada aras batang berbunga yang lebih tinggi. Bunga-bunganya dibawa dalam umbel kecil berwarna putih atau merah jambu pudar, tak bersimetri, kelopak-kelopaknya yang menjauhi pusat umbel lebih panjang (5-6 mm) berbanding kelopak-kelopak yang tumbuh ke arah umbel (1-3 mm). Buahnya merupakan skizokarpa kering berbentuk bundar yang berdiameter 3-5 mm.


Ketumbar (Coriandrum sativum) ialah sejenis tumbuhan herba semusim yang tergolong dalam famili Apiaceae. Ketumbar berasal dari Eropah Selatan, Afrika Utara dan Asia Barat Daya.
Semua bahagian tumbuhan ketumbar boleh dimakan, terutamanya daun segar dan benih keringnya yang sering dijadikan bahan masakan. Ketumbar menjadi ramuan biasa dalam masakan Timur Tengah, Asia Tengah, Mediterranean, Asia Selatan, Mexico, Texas, Amerika Latin, Cina, Afrika dan Asia Tenggara. Ketumbar juga digunakan untuk membuat minuman keras witbier dari Belgium.
Daun ketumbar lain rasanya dari benihnya, iaitu lebih banyak rasa sitrus. Ada orang yang menjauhi daun ketumbar kerana rasa "bersabun" atau bau hamis. Kepercayaan bahawa perasaan ini ditentukan secara genetik mungkin timbul dari kelainan genetik pencerapan rasa kimia sintetik phenylthiocarbamide; namun, tiadanya hubungan terperinci antara ketumbar dan gen pencerapan rasa pahit yang dapat disahkan
Daun ketumbar segar dijadikan ramuan untuk pembuatan pelbagai masakan Asia Selatan (khususnya catni), hidangan Cina dan juga salsa dan guacamole dari Mexico. Daun ketumbar yang dicincang dijadikan hiasan masakan seperti dal dan kari. Daun ketumbar selalu digunakan mentah-mentah atau dibubuh pada hidangan sejurus sebelum disajikan kerana jika dimasak, haba akan cepat mengurangkan rasa ketumbar. Dalam resipi India dan Asia Tengah, daun ketumbar digunakan dalam bilanagan besar dan dimasak hingga hilang rasanya.[3]) Daun ketumbar cepat rosak apabila dipetik dari tumbuhan, dan hilang baunya apabila dikeringkan atau dibekukan.
Buah ketumbar kering dipanggil biji ketumbar. Biji ketumbar apabila dihancurkan rasanya seperti limau kerana hadirnya terpena linalool dan pinena. Biji ketumbar bersifat hangat, kekacangan, berempah, dan macam oren.
Biji ketumbar biasanya didapati dalam bentuk penuh dan kisar. Biji ketumbar penuh boleh dipanggang atau dipanaskan dalam kuali kering untuk seketika, kemudian dikisar untuk menguatkan dan mengubah baunya. Biji ketumbar kisar cepat hilang rasanya apabila disimpan, oleh itu lagi segar lagi bagus.
Biji ketumbar dijadikan rempah (Hindi:धनिया dhania) dalam membuat garam masala dan kari India yang selalu banyak menggunakan biji kisar bersama jintan putih. Biji ketumbar ini berperanan sebagai bahan pemekat. Biji ketumbar panggang atau dhana dal juga dijadikan makanan ringan, di samping dijadikan ramuan utama dua masakan India Selatan iaitu sambhar (Bahasa Tamil: சாà®®்பாà®°்) dan rasam (இரசம்). Biji ketumbar direnih dengan air dan diminum sebagai ubat bersin tradisional.
Di luar Asia, biji ketumbar digunakan untuk menjeruk sayur, dan membuat sosej di Jerman dan Afrika Selatan (lihat boerewors). Di Rusia dan Eropah Tengah, biji ketumbar adalah ramuan yang sekali-sekala digunakan dalam roti rai sebagai pengganti jintan.
Biji ketumbar digunakan untuk menyediakan beberapa jenis bir yang tertentu, khususnya bir gandum di Jerman. Biji ketumbar ini digunakan bersama kulit oren untuk menambahkan rasa sitrus.


Akar ketumbar lebih kuat rasanya berbanding daunnya. Akar ketumbar digunakan untuk memasak pelbagai hidangan Asia, terutamanya masakan kuah dan pes kari Thai.






Comments

Popular posts from this blog

11 Manfaat Rempah Ratus & Bahan Penyedap Makanan Semulajadi

Manfaat rempah ratus sebagai perasa dalam makanan tentunya membantu menaikkan aroma selainkan menambah kelazatan. Rempah seperti bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis dan bahan perasa semulajadi seperti minyak zaitun, limau purut, serta cuka memang biasa di gunakan oleh masyarakat kita sebagai   penyedap masakan   dan penambah aroma hidangan. Credit

KELAS ONLINE (PJJ) SERBUK REMPAH, PES DAN KETAHANAN PES

  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga ALLAH memberikan kita kesihatan yang baik, dan semoga penyakit CONVIC 19 ni cepat lenyap di muka bumi ini dan kita semua dapat menjalani kehidupan kita seperti dulu lagi..aamiin Apa yang berlaku sekarang memang banyak memberi kesan dalam kehidupan kita seharian tetapi apa apa pun kehidupan kita perlu diteruskan. Allah tidak akan mengubah nasib KITA itu tanpa KITA berusaha mengubah nasib kita sendiri. Ok hari ini sheena nak tekankan tentang kelas PJJ PES DAN REMPAH. (dua kelas yang berbeza) dan ada kelas khas untuk mereka yang ingin mempelajari bagaimana nak membuat ketahanan pes TANPA pengawet. ini kelas yang berbeza kerana diluar sana banyak usahan yang mempunyai kepakaran dalam masakan Tapi tidak tahu bagaimana nak membuat pes mereka tahan lama tanpa pengawet dan bagaimana nak memasarkan produk mereka. (Nak tahu boleh je contact sheena tau) Kelas ini sheena adakan secara persendirian. Sheena ada membuat 3 kelas secara berasingan...

Premix oden, premix kerutok dan premux shellout

Assalamualaikum semua, selamat pagi.Hari ini sheena memperkenalkan premix keluaran inana. Mudah nak guna buka plastik dah boleh hidu keharumannya.   Semua premix ini boleh dipelbagaikan dan terpulang pada kepakaran anda sendiri tau.. Sheena masih buka kelas pjj serbuk, jadi pada yang berminat boleh whatsapp sheena di 0169724191