Skip to main content

Buah Pelaga

Assalamualaikum dan salam sejahtera,





Buah pelaga antara rempah ratus paling tua di dunia. Buah pelaga juga dikenali dengan nama botaninya elettaria cardamomum. Ia merupakan tumbuhan semulajadi di timur dan berasal dari dalam hutan di selatan India. Ia tumbuh secara meliar. Kini, buah pelaga turut ditemui di Sri Lanka, Guatemala, Indo China dan Tanzania.

Ðikenali juga dengan nama kapulaga (Indonesia), chhoti elachi (India), ts’ao-k ou (Cina), elam (Tamil), dan grawahn (Thai), buah pelaga memang banyak kegunaannya sejak daripada zaman dahulu.

Orang Mesir kuno dikatakan telah mengunyah biji buah pelaga sebagai pencuci gigi, manakala orang Greek dan Roman menggunakannya sebagai minyak wangi. Orang Viking pula dikatakan telah berjumpa dengan buah pelaga ini kira-kira seribu tahun lalu di Constantinople, kemudian telah memperkenalkannya ke Scandinavia, tempat di mana buah pelaga kekal popular sehingga kini.

Buah pelaga merupakan rempah yang kedua mahal selepas saffron. Terdapat banyak jenis buah pelaga tetapi hanya spesies Elettaria cardamomum dikatakan sebagai buah pelaga sebenar.



elettaria cardamomum ~ wikipedia


Pokok buah pelaga merupakan herba tahunan dan tergolong dalam keluarga Zingiberaceae. Boleh dikatakan ia tergolong dalam keluarga halia dan lengkuas. Ðaunnya berbentuk lonjong dengan pangkal dan hujung agak runcing. Buah berbentuk kotak, terdapat dalam tandan kecil dan pendek. Ia bulat memanjang, berlekuk, bersegitiga, agak pipih, kadangkala berbulu, berwarna putih kekuningan atau kuning kelabu. Mempunyai tiga ruang dan setiap ruang dipisahkan oleh selaput senipis kertas. Setiap ruang berisi 5 hingga 7 biji-biji kecil, berbentuk bulat telur berwarna coklat atau hitam serta mempunyai aroma yang harum. Ðalam ruang-ruang ini, biji-bijinya tersusun dua baris memanjang dan melekat antara satu sama lain.

Sungguhpun buah pelaga banyak khasiatnya, Laman-Seri menganggap buah pelaga adalah sebutir bom jika tergigit semasa mengunyah nasi minyak berlauk ayam masak merah yang enak! :)


pokok pelaga




buah pelaga dan bunganya




buah pelaga closed up


Tidak sukar untuk menggunakan biji buah pelaga, terutamanya dalam menyedapkan masakan. Anda boleh menghancurkannya menjadi serbuk atau gunakan sebiji-sebiji. Untuk mendapatkan rasanya, patah-patahkan buah pelaga sebelum dimasukkan ke dalam masakan. Selalunya buah pelaga digunakan untuk menyedapkan lagi rasa puding dan kek. Ðalam masakan India, buah pelaga turut digunakan sebagai bahan membuat garam masala, tandoori atau ayam vindaloo. Masyarakat Timur Tengah pula menggunakan serbuk buah pelaga dalam kopi.

Ubat batuk dan gatal-gatal kerongkong

Buah pelaga mengandungi minyak pati yang mengandungi senoel, terpineol dan borneol. Ði samping itu, buah pelaga turut mengandungi saponin, flavonoid, polifenol, mangan, gula, lemak, protein dan silikat. Biji pelaga pula mengandungi 3 hingga 7% minyak pati yang terdiri daripada terpineol, terpinil asetat, sineol, alfa berneol dan beta kamfer. Selain itu, biji buah pelaga juga mengandungi minyak lemak, protein dan kalsium oksalat. Rizom pokok mengandungi saponin, flavoniod, polifenol dan minyak pati.

Khasiat ubatan yang boleh diperolehi daripada buah pelaga memang banyak. Walaupun biji pelaga mempunyai rasa yang pedas apabila dikunyah, tetapi lidah akan terasa sejuk setelah mengunyahnya. Bau biji buah pelaga yang wangi ini dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi sebagai ubat, selain digunakan untuk menambahkan keenakan masakan atau minuman.

Harumkan mulut

Bagi mereka yang mengalami masalah mulut berbau, dengan mengunyah biji buah pelaga secara perlahan-lahan, dikatakan boleh memberi keharuman pada mulut. Selain itu, melalui cara yang sama, biji buah pelaga dikatakan mampu mengatasi masalah kesukaran bernafas serta mengubati batuk dan gatal-gatal kerongkong. Kegunaan lain ialah menghilangkan masalah kesihatan kanak-kanak seperti batuk, kembung perut, mual, radang tekak dan perut memulas. Biji buah pelaga juga dikatakan boleh menghalang penyimpanan gas yang tidak baik dalam badan terutama sekali dalam usus.

Mengawal obesiti

Buah pelaga yang telah ditumbuk halus dan kemudiannya dicampurkan dengan air boleh digunakan untuk merawat lenguh-lenguh badan. Cara yang sama juga dikatakan boleh mengatasi masalah obesiti. Buah pelaga dikatakan mampu membersihkan buah pinggang dan hempedu.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan dan khasiat buah dan biji pelaga, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu untuk mengelak kemudaratan di kemudian hari.




Sumber : MisteriAlam MW#1401 dan En.Wikipedia ~ Elettaria

Comments

Popular posts from this blog

Mengenal Perbedaan Kayu Manis Ceylon dengan Jenis Kayu Manis yang Lain

Apakah anda sedang mencari tahu tentang salah satu rempah yang saat ini punya khasiat ajaib untuk kesehatan dan kecantikan? Jika jawabannya iya, maka kayu manis Ceylon adalah rempah yang anda cari. Jenis rempah beraroma khas nan harum ini tidak hanya enak saat dijadikan bahan masakan, sudah berabad-abad kayu ini membuktikan manfaatnya sebagai obat herbal yang mujarab untuk mengusir berbagi macam penyakit. Mungkin anda sudah mengetahui sedikit banyak mengenai manfaat apa saja yang ditawarkan kayu yang tumbuh di Asia ini. Masalahnya, tahukah anda bahwa kayu manis memiliki berbagai jenis. Masing-masing tentu memiliki khasiat berbeda. Ini berarti anda harus jeli dalam membeli kayu manis. Tidak boleh sembarang mengatakan “saya ingin membeli kayu manis.” Ada kemungkinan kayu manis ceylon yang anda maksudkan berbeda dengan yang diberikan oleh penjual. Untuk meminimalisir hal tersebut terjadi, akan sangat baik jika anda mengenal betul ciri-ciri kayu manis ceylon. Pengenalan yang dalam

Tahi Angin

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Pada malam ini saya akan menyentuh mengenai topik herba tahi angin. Mesti anda semua pelik kan? Macam mana lah rupanya tahi angin ni? Kalau kebiasaannya kita selalu mendengar tentang tahi bintang...hehehe jangan salah faham ye sahabat sahabat di luar sana, Dia bukan spesis yang sama. Tumbuhan ini bukan akar, adalah nama tumbuhan yang bentuknya menyerupai akar. Bentuk yang unik menjadikan tumbuhan ini menjadi impian bagi pencinta taman dalam menghias rumah mereka. Ternyata bukan sahaja baik untuk digunakan sebagai tumbuhan hidup, ia juga boleh menjadi bahan herba semulajadi yang dapat mencegah dan mengatasi penyakit-penyakit di dalam tubuh anda. Maka apakah sebatian yang terkandung dalam akar ini? Akar angin mengandungi vitamin C, lycin, asid barbatin, asid usnetin, hidrat arang, asid barbotolat, asid unseat, dan banyak lagi. Setiap sebatian ini mempunyai sifat sendiri untuk badan anda. Sekiranya anda menggunakan akar ini sebagai ubat, tubuh anda