Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pelaga

Buah Pelaga

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Buah pelaga antara rempah ratus paling tua di dunia. Buah pelaga juga dikenali dengan nama botaninya elettaria cardamomum. Ia merupakan tumbuhan semulajadi di timur dan berasal dari dalam hutan di selatan India. Ia tumbuh secara meliar. Kini, buah pelaga turut ditemui di Sri Lanka, Guatemala, Indo China dan Tanzania. Ðikenali juga dengan nama kapulaga (Indonesia), chhoti elachi (India), ts’ao-k ou (Cina), elam (Tamil), dan grawahn (Thai), buah pelaga memang banyak kegunaannya sejak daripada zaman dahulu. Orang Mesir kuno dikatakan telah mengunyah biji buah pelaga sebagai  pencuci gigi , manakala orang Greek dan Roman menggunakannya sebagai  minyak wangi . Orang Viking pula dikatakan telah berjumpa dengan buah pelaga ini kira-kira seribu tahun lalu di Constantinople, kemudian telah memperkenalkannya ke Scandinavia, tempat di mana buah pelaga kekal popular sehingga kini. Buah pelaga merupakan rempah yang kedua mahal selepas  saffro...