Skip to main content

Rempah ratus dagangan bernilai

Rempah ratus dagangan bernilai

Keunikan rasa dan bau menjadi salah satu faktor rempah ratus sentiasa menjadi pilihan dalam kebanyakan menu masakan di Malaysia kini.

Tidak kira kaum Melayu, Cina, atau India, pasti terdapat menu masakan yang memerlukan penggunaan rempah. Seiring dengan budaya hidup berbilang kaum, kebanyakan menu masakan di Malaysia kini telah banyak dicampuradukkan.

Dahulu, rempah ratus lebih terkenal dalam masakan India, namun kini adalah tidak pelik jika dalam masakan Cina turut menggunakan rempah, begitu juga dengan masa-kan kaum Melayu.

Kewujudan percampuran cara masa-kan tersebut telah mewarnai tunas rasa generasi kini sehingga tidak keterlaluan jika dikatakan ia sebagai menu cita rasa Malaysia.

Penggunaan rempah ratus kini lebih mudah kerana ia dipasarkan dalam bentuk paket segera yang dipasarkan menerusi pelbagai jenama.

Antara serbuk rempah yang menjadi pilihan dan sentiasa digunakan dalam menu masakan termasuk rempah kari, kunyit, jintan, lada hitam, lada putih, dan rempah kurma.

Lambakan jenama di pasaran

Lambakan jenis dan jenama serbuk rempah di pasaran tempatan kini memberi banyak pili-han kepada pengguna. Rempah yang menjadi pilihan selalunya bergantung kepada cita rasa pengguna kerana lain jenama, lain rasa. Bagaimanapun, setiap produk yang dihasilkan mempunyai kelebihan tersendiri.

Antara jenama popular dan mudah didapati di pasaran tidak kira pasar raya besar atau kedai runcit adalah Adabi, Baba’s, Adami, Uro, Rempah Ratus Mak Siti, Brahim’s dan Faiza.

Terdapat pelbagai jenis serbuk rempah yang terdapat di pasaran dikeluarkan oleh syarikat tempatan termasuk serbuk rempah kari, serai, lengkuas, halia, kayu manis, cili padi, cili merah, asam gelugur, kunyit, daun kari, daun kesum, dan sebagainya.

Bagi masyarakat Melayu, masakan berasaskan kari menjadi antara masakan digemari yang sering dihidangkan pada majlis kerama-ian dan perayaan.

Asal usul kari

Kari berasal dari India dan merupakan nama untuk pelbagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Thailand dan negara lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Pada abad ke-15 dan ke-16, kedudukan geografi Selat Melaka yang terletak di tengah-tengah jalan laut di antara China dan India yang strategik di benua Asia menjadikannya sebagai kawasan tumpuan pelabuhan pedagang, sekali gus membolehkan Melaka mengawal serta menguasai perdagangan di Selat Melaka.

Hubungan erat antara Melaka dan India telah membawa masuk pelbagai bahan dagangan India yang kaya dengan rempah ratus, kayu cendana, bunga cengkih, buah pala dan biji timah.

Pada masa itu, Pelabuhan Melaka yang mempunyai hasil dagangan penting iaitu rempah ratus menjadi rebutan saudagar dari timur dan barat yang sangat memerlukan bahan tersebut.

Serbuk kari adalah campuran lebih daripada 20 rempah dan herba yang dikisar bersama. Antaranya termasuk cili, pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih, daun ketumbar, jintan putih, jintan manis, halba, buah pala, lada, kas-kas, bijirin bijan, safron, asam jawa dan kunyit.

Comments

Popular posts from this blog

ASAM PEDAS

 Assalamualakum dan salam sejahtera semua nak tahu tak pes asam pedas Inana ni salah satu produk Inana yang sudah sheena jual pada 2016 lagi. Rasanya sangat sedap dipadankan rasa masam dan pedas hanya makan dengan nasi panas panas. Nak masak pun mudah tau!! Asam pedas ni sheena datangkan dalam dua jenis masakan iaitu asam pedas untuk ikan dan asam pedas ayam dan daging ..sedap sekali makan nak lagi tau.. Saksikan cara manual asam pedas untuk daging... Nak dapatkan produk Inana anda boleh hubungi sheena melalui link ini  klik di sini

Premix oden, premix kerutok dan premux shellout

Assalamualaikum semua, selamat pagi.Hari ini sheena memperkenalkan premix keluaran inana. Mudah nak guna buka plastik dah boleh hidu keharumannya.   Semua premix ini boleh dipelbagaikan dan terpulang pada kepakaran anda sendiri tau.. Sheena masih buka kelas pjj serbuk, jadi pada yang berminat boleh whatsapp sheena di 0169724191

BUNGA LAWANG

Bunga lawang (bahasa Inggeris: star anise) ialah sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Ia dikatakan berasal dari Indochina dan Jepun. Selain digunakan dalam masakan Melayu, ia juga boleh ditemui dalam masakan Timur Tengah dan India. Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak.Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan diEropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu. Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman.Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil.Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning.Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari. Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama sepe...