Skip to main content

Khasiat Rempah Ratus Dalam Menjaga Kecantikan



Rempah ratus seperti kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, jintan manis, buah pelaga dan biji lada hitam memang tidak dinafikan boleh menambahkan aroma dalam hidangan. Namun, disebalik khasiatnya di dalam masakan, ia telah lama bertapak dalam industri perubatan dan bidang kecantikan.

PETUA yang diamalkan sejak zaman dulu bagi mengekal­kan kecantikan secara semula jadi kebanyakannya menggunakan bahan herba yang sememangnya terkenal kerana khasiatnya.






Tidak hanya dijadikan bahan penyedap masakan, herba dan rempah ratus antara khasiat berguna dalam penjagaan kesihatan badan serta kecantikan.


Bahan rempah yang begitu popular seperti kulit kayu manis dikatakan mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh. Masyarakat Indonesia banyak memanfaatkan kulit kayu manis dalam kehidupan seharian selain dijadikan ramuan utama dalam industri jamu dan kecantikan.

Pokok herba kacip fatimah pula antara lain membantu untuk mengembalikan kecergasan selepas bersalin. Selain itu, ia juga dikatakan dapat membantu melangsing­kan badan serta merangsang pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan serta kitaran haid wanita di samping membantu mengurang­kan sakit senggugut. 

Daun kari yang digunakan dengan meluas dalam per­ubatan India pula mempunyai khasiat berbeza. Ia dijadikan tonik herba untuk membantu menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga digunakan sebagai julap bagi membantu mengatasi masalah sembelit.

Daun senduduk dalam perubatan tradisional membantu untuk mengembalikan kecergasan badan terutama selepas bersalin. Daun senduduk bersama daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau purut dicampur bersama air panas dan dijadikan rempah untuk mandi selepas bersalin. 

Jintan Manis (Anis @ Anisum) - Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata. 

Serai - ia mewangikan malah mengharumkan masakan.selain dalam masakan, minyaknya digunakan secara meluas dalam wangian sabun, pembersih detergen dan barang-barang lain. Minyak Serai digunakan untuk mengubati kembung (flatulence), pergerakan usus yang tidak tetap dan rangsangan gastric, serta baik untuk merawat reumatisme dan salah urat.
Bunga Lawang - Sesuai sebagai ubat sakit gigi - Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan pepesan tersebut ke dalam gigi yang lubang. Gigi yang sakit akan beransur pulih. Gigi sihat tubuh badan kita pun rasa sihat juga.

Kulit kayu manis - Ia berfungsi memanas dan mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi megubati selesema serta melancarkan pengaliran darah. Ia dikunyah bagi mengeringkan hingus. 

Amalan membancuh susu yang dicampur dengan sedikit serbuk kulit kayu manis juga berkesan untuk meredakan sakit itu. Kesannya lebih lembut daripada halia tetapi tindakannya lebih keras. Kedua-dua herba itu seringkali direbus bersama-sama bagi menghasilkan minuman yang melegakan bagi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya dibahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang berpunca daripada kesejukkan.

 Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh kaum wanita yang sering mengalami senggugut atau kesakitan dibahagian ari-ari dan kaki. Disamping itu ia juga boleh digunakan untuk berkumur untuk mengubati sakit gusi dan juga menghilangkan masalah pernafasan berbau. 


Itulah sebabnya orang-orang pada zaman dahulu memanfaatkan kebaikan dan khasiat semulajadi rempat ratus dalam menjaga kecantikan dan kesihatan mereka. Bahan asas kecantikan daripada bahan semulajadi lebih selamat, semulajadi dan tiada kesan sampingan. Ia juga tidak perlu diragui kesliannya ataupun hukum hakamnya kerana sudah tentu ia bahan yang halal digunakan tanpa was-was.


Comments

Popular posts from this blog

ASAM PEDAS

 Assalamualakum dan salam sejahtera semua nak tahu tak pes asam pedas Inana ni salah satu produk Inana yang sudah sheena jual pada 2016 lagi. Rasanya sangat sedap dipadankan rasa masam dan pedas hanya makan dengan nasi panas panas. Nak masak pun mudah tau!! Asam pedas ni sheena datangkan dalam dua jenis masakan iaitu asam pedas untuk ikan dan asam pedas ayam dan daging ..sedap sekali makan nak lagi tau.. Saksikan cara manual asam pedas untuk daging... Nak dapatkan produk Inana anda boleh hubungi sheena melalui link ini  klik di sini

SERBUK KARI IKAN

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua  Lama juga sheena tak update rumah sheena ni kan..Alhamdulillah hari ini sheena ada kesempatan untuk update rempah ratus yang ada di kedai sheena, Tajuk sheena hari ini memngenai kari ikan, sheena akan tunjukkan cara masak memggunakan serbuk kaei ikan Inana yang ada di youtube sheena jadi tonton sampai habis tau!!! Serbuk kari inana ni 100% daripada bahan bahan asli yang sheena kisarkan semdiri. Mudah cara menggunakannya  Sheena datangkan dalam 5 bentuk serbuk kari ikan, premix kari ikan, pes kari ikan, kuah kari ikan dan kiub kari ikan. Untuk pertanyaan lanjut anda boleh berhibung dengan sheena  dengan mengisi borang di bawah ini

Premix oden, premix kerutok dan premux shellout

Assalamualaikum semua, selamat pagi.Hari ini sheena memperkenalkan premix keluaran inana. Mudah nak guna buka plastik dah boleh hidu keharumannya.   Semua premix ini boleh dipelbagaikan dan terpulang pada kepakaran anda sendiri tau.. Sheena masih buka kelas pjj serbuk, jadi pada yang berminat boleh whatsapp sheena di 0169724191