Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

Rempah segera sa

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia Saya ada me jual pelbagai rempah segera untuk seisi keluarga. Mudah di sediakan Masak hitam ada Masak merah ada Masak kurma ada Masak sup ada Masak rendang ada Rempah nasi beriani ada Sambal rojak ada Sambal ikan bilis pun ada *** sesuai untuk yg sibuk tetapi masih ingin menyediakan makanan untuk keluarga tersayang*** Berminat boleh hubungi saya di 01125004376

Suasana sentral market sarikei

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia, Bandar sarikei terkenal dengan pelbagai budaya dan pelbagai etnik yang terdiri daripada melayu, cina, iban, melanau, bidayuh dan lain lain. Keharmonian serta kerjasama yang amat tinggi dikalangan masyarakat di sini tidak dapat di perkatakan lagi.

HR Trading ada menyediakan rempah segera

BAGI ibu-ibu yang bekerja, menggunakan rempah siap segera memang banyak membantu mereka menyiapkan juadah harian dalam tempoh yang singkat. Tetapi ada yang lebih rela menyinsing lengang untuk menyiapkan sendiri bahan rempah kerana tidak suka akan rasa rempah siap segera yang dianggap kurang asli. Kami ada menjual pelbagai rempah segera dan yang paling penting asli. Anda yang ingin mendapatkan rempah kering atau rempah siap anda boleh menghubungi saya di 01125004376 untuk keterangan lanjut atau boleh isi borang di bawah ini

10 Cara Menyimpan Rempah Agar Tahan Lebih Lama

Rempah merupakan penambah perasa dalam sesuatu makanan. Ketiadaan atau kekurangan rempah dalam satu masakan boleh menyebabkan rasanya pincang. Bukan itu sahaja, menggunakan rempah yang sudah berkurangan kualiti kerana cara penyimpanan yang salah dan sudah sampai tarikh luput turut memberi kesan kepada rasa masakan. Disini terdapat beberapa cara agar rempah lebih tahan lama disamping memelihara kesegarannya. 1. Simpan Didalam Bekas Kedap Udara Tidak kiralah jika anda memberi rempah didalam bentuk serbuk atau dalam bentuknya yang asli pastikan anda menyimpannya didalam bekas kedap udara sebaik sahaja ianya sudah dibuka dari pek. 2. Elakkan Membuka Bekas Dengan Lebih Kerap Bajet berapa kerapkah anda menggunakan rempah terbabit. Jika anda membeli rempah didalam bentuk serbuk dalam kuantiti yang besar, simpan didalam dua bekas iaitu bekas kecil dan bekas besar. Usahakan untuk membuka bekas besar seperti dalam dua minggu sekali. 3. Elakkan Rempah Terkena Cahaya Walaupun rempah sangat ideal

KHASIAT HERBA DAN REMPAH RATUS

Herba dan rempah ratus adalah antara bahan masakan penting yang sudah menjadi sebahagian daripada sajian masyarakat di seluruh dunia sejak beribu tahun lamanya. Tumbuhan itu adalah warisan yang tidak ternilai kepada manusia kerana selain menyedapkan lagi hidangan, herba juga mempunyai banyak khasiat berguna untuk penjagaan kesihatan badan dan kecantikan. Untuk masyarakat tempatan, kita memang tidak dapat lari daripada beberapa bahan seperti lengkuas, halia, kunyit, bawang serta serai yang sememangnya sentiasa ada di dapur. Dulu kala, halia atau nama botaninya, Zingiber officinale, digunakan sebagai bahan untuk merawat luka dan mencegah jangkitan parasit, tetapi kerana kurang pendedahan mengenai khasiatnya, sebahagian besar generasi masa kini mengenali halia hanya sebagai satu rempah ratus masakan. Tumbuhan ini dikatakan berkesan untuk merawat loya dan mual, namun untuk ibu yang hamil, pengambilannya tidak digalakkan. Ia juga membantu untuk melegakan kesakitan perut selain mengelakkan k

Khasiat Rempah Ratus Dalam Menjaga Kecantikan

Rempah ratus seperti kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, jintan manis, buah pelaga dan biji lada hitam memang tidak dinafikan boleh menambahkan aroma dalam hidangan. Namun, disebalik khasiatnya di dalam masakan, ia telah lama bertapak dalam industri perubatan dan bidang kecantikan. PETUA yang diamalkan sejak zaman dulu bagi mengekal­kan kecantikan secara semula jadi kebanyakannya menggunakan bahan herba yang sememangnya terkenal kerana khasiatnya. Tidak hanya dijadikan bahan penyedap masakan, herba dan rempah ratus antara khasiat berguna dalam penjagaan kesihatan badan serta kecantikan. Bahan rempah yang begitu popular seperti kulit kayu manis dikatakan mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh. Masyarakat Indonesia banyak memanfaatkan kulit kayu manis dalam kehidupan seharian selain dijadikan ramuan utama dalam industri jamu dan kecantikan. Pokok herba kacip fatimah pula antara lain membantu untuk mengembalikan kecergasan selepas bersalin. Selain itu, ia

Rempah Segera kari

Rempah segera kari Rm5 Untuk masakan kari Tanpa bahan pengawet tahan sebulan Tak perlu tambah apa apa lagi hanya tambah santan, ayam atau daging Semudah ABC Berminat boleh hubungi sheena di 01125004376 **** SAYA JUGA ADA MENJUAL REMPAH SEGERA DAGING MASAK HITAM, MERAH DAN SUP*** BERMINAT BOLEH SMS/WHATSAPP ATAU ISI BORANG ORDER

Sotong kering tanpa perasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ada menjual sotong kering tanpa perasa.  Sedap kalau dicecah dengan sambal pedas. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau 01125004376. Sotong keluaran dari beladin. Harga promosi rm1.50 sahaja sepeket.

Makanan Baik Untuk Jantung | Serbuk Cili Merah (yang dikeringkan)

Selain memberikan manfaat untuk mengurangkan kadar kolesterol , ia juga dapat membantu mempertingkatkan metabolisme tubuh khususnya untuk anda yang berdiet. Hanya campurkan ke dalam masakan seperti isi ayam, udang, brokoli atau daging yang digoreng bersama sedikit minyak. Anda juga boleh menikmatinya bersama sup yang direneh tanpa tumisan minyak. Kredit :- Rapi 

Khasiat Rempah dan Herba

Gambar: INGimage Anda pasti sudah arif dengan khasiat yang terkandung dalam kebanyakan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan juga bahan makanan lain tetapi jarang ambil tahu berkenaan rempah ratus yang menjadi bahan perisa dalam amalan pemakanan seharian kita. Bagi menu orang Asia, tentunya penggunaan rempah dan herba antara satu kemestian dalam hidangan lazim seperti rendang, kari, acar sehinggalah penyediaan kuih muih tradisional. Secara tidak langsung, rempah yang dibawa dan diperkenalkan oleh saudagar India ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melaka dulu, ada kebaikannya dan EH! senaraikan beberapa jenis yang sering anda gunakan dalam masakan. Serbuk cili – Sumber yang baik untuk vitamin A & C serta kaya dengan potassium dan zat besi. Ia melancarkan aliran darah, melegakan aliran pernafasan yang tersumbat, mengurangkan kolesterol, meningkatkan imuniti, mengelak jangkitan ulser dan mengurangkan risiko kencing manis. Pelaga – Sumber bagus untuk magnesium, serat dan z

REMPAH MASAK MERAH

Assalamualaikum, Saya ada menjual rempah masak merah segera 'home made'.  Mudah senang, hanya masuk kan ayam dan perencah yang sudah siap. Masak . Berminat sila hubungi 0198668615/01125004376 untuk keterangan lanjut atau boleh isi borang tempahan. Harga Rm5.00 sahaja tahan lama . Harga tidak termasuk pos

Khasiat jintan manis membantu memecahkan lemak

Khasiat jintan manis membantu memecahkan lemak Assalamualaikum  Herba herba dan tumbuh-tumbuhan yang Allah SWT ciptakan terlalu banyak khasiat dan penawar segala penyakit dan petua. Bukan sahaja herba2 ini digunakan untuk masakan, malahan untuk perubatan2 tradisional juga diamalkan oleh kita orang2 melayu. Jintan manis atau fennal seed adalah bahan bahan utama dalam masakan Melayu + India + Indonesia + hampir separuh negara di Asia menggunakannya. Tanpa jintan manis maka kuranglah rasa kesedapan pada lauk lauk yang dimasak. Namun tahukah kita jintan manis mempunyai kehebatan tersendiri selain hebatnya dalam masakan? Jom kita cuba satu petua untuk menurunkan berat badan atau cara2 memecahkan lemak dengan menggunakan JINTAN MANIS. Khasiat dan kebaikan JINTAN MANIS Jintan manis sememangnya mengandungi banyak flavonoid anti-oksidan seperti kaempferol dan quercetin. Sebatian ini berfungsi sebagai anti-oksidan yang kuat dengan menghapuskan radikal bebas yang berbahaya dari badan itu melindun

MANFAAT HABBATUSSAUDA (BIJI JINTAN HITAM)

Orang Melayu jarang menggunakan herba Jintan hitam ini.Dalam bahasa inggeris disebut black cumin seed. Ia lebih digunakan oleh masyarakat India terutama dalam masakan kari. Herba hitam ini sama penting dengan rempah penyedap masakan lain seperti jintan putih,jintan manis. ketumbar, bunga cengkih, kulit kayu manis dan sebagainya. Herba hitam ini tentulah berwarna hitam, Saiznya kira-kira sebesar biji sawi dan rasanya pahit-pahit pedas. Harganya murah namun khasiatnya amat tinggi. Nama popularnya ialah Habbatus Sauda. Ada juga yang menyebut Habbatul sauda atau Sauda Seed. Banyaknya khasiat Jintan Hitam ini hingggakan Baginda Nabi Muhammad SAW mahu umatnya mengamal makan Jintan Hitam ini. Imam Muslim meriwayatkan hadis Nab dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud, “Tetaplah dengan Habbatus Sauda (Jintan Hitam) kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat bagi banyak (segala) penyakit kecuali tua dan mati.” Berikut adalah kaedah memakan Jintan Hitam untuk menjaga kesihatan; 1 Makan 7 biji Jintan

Khasiat Buah Pelaga

Buah pelaga mempunyai rasa yang unik dan khasiat antioksidan yang tinggi. Selain digunakan untuk masakan, dimanfaatkan juga untuk kesihatan bagi merawat pelbagai penyakit jangkitan, radang dan juga sistem penghadaman. Buah pelaga dikatakan berupaya menghapuskan bakteria dan disamping itu boleh juga merangsangkan selera makan dan melegakan keasidan dalam perut. Ia juga sangat mujarab bagi merawat bronkitis, batuk, demam dan sakit perut. Kunyah buah pelaga dapat menyegarkan bau mulut dan nafas. Di negara Arab, mereka ini gemar masukkan buah pelaga di dalam minuman teh begitu juga dengan kaum india, sering masukkan buah pelaga di dalam minuman dan makanan yang mengandungi susu. Beberapa pengamal ayureveda menggunakan buah pelaga untuk merawat jangkitan saluran kencing. Sekiranya nak lebih kuat aroma dan rasa buah pelaga, ketuk2 buah pelaga dan rendam selama 10 ke 15 minit ke dalam air panas dan pastikan cawan ditutup. Kalau suka boleh maniskan dengan madu. Sebenarnya banyak herba yang ter

Khasiat dan kebaikan cengkih

Rupa bentuknya kecil tetapi ia ada banyak kegunaan dan memberi manfaat untuk kesihatan. Apa yang pasti, apabila disebut bunga cengkih pasti suri rumah mengenalinya sebagai bahan masakan. Kegunaan utamanya dalam masakan, antaranya ialah sebagai bahan rempah untuk membangkitkan aroma dan juga bagi menambahkan rasa sedap. Justeru, bagi yang gemarkan haruman enak dalam hidangan disediakan, khususnya masakan menggunakan kari atau berasaskan pajeri dan acar, jangan lupa mencampurkan bunga cengkih. Aroma semerbak yang diterbitkan apabila bunga cengkih ditumis bersama dengan bahan rempah ratus lain, termasuk kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, biji sawi dan sebagainya, membangkitkan selera sehingga rasa tidak sabar untuk menikmati masakan itu. Cengkih digunakan sebagai perencah, baik dalam bentuknya yang utuh atau sebagai rempah serbuk. Ia bukan saja digunakan di Asia, malah di Eropah. Selain menyedapkan masakan, cengkih juga boleh digunakan untuk meningkatkan kesihatan dalam penyediaan mak

KHASIAT JINTAN

Jenis-jenis Jintan  Jintan merupakan rempah yang digunakan dalam masakan dan ubatan.  Terdapat empat jenis jintan di kalangan orang Malaysia, iaitu:-  1) Jintan putih - Cumin seeds  2) Jintan manis - Fennel  3) Jintan hitam – Anise  4) jintan hitam (habbatus sauda)

REMPAH SERBUK KARI

Saya ada menjual pelbagai rempah ratus. Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut di 0198668615/01125004376

TIP UNTUK REMPAH TAHAN LAMA

Simpan rempah di tempat yang dingin dan kering. (Kelembapan, cahaya matahari dan panas membuat rempah ratus lebih cepat kehilangan aroma.) Elakkan menyimpan rempah pada tempat yang terdedah secara terus kepada cahaya matahari. Untuk menjaga rempah yang dibeli dalam jumlah banyak agar segar lebih lama, masukkan dalam bekas berpenutup dan simpan di dalam peti ais. Cahaya, udara, panas, dan kelembapan adalah musuh utama rempah-rempah, maka rempah-rempah harus selalu berada di tempat yang kering dan gelap Memanggang rempah adalah 1 lg cara untuk menghilangkan kadar minyak di dalamnya. Hasilnya, rempah-rempah akan lebih tahan lama. Erm, nak panggang macammana?… sangai sahaja rempah2 tersebut atas kuali kering. selain tahan labih lama, rempah-rempah yang disangai/panggang akan lebih sedap rasanya & wangi aromanya. Kalau peket rempah tu dah dibuka, maka baki rempah tersebut “WAJIB” disimpan didlm bekas yg bersih & diletakkan didalam peti ais. kalau simpan kat luar, mmg x tahan & a

Rempah ratus dagangan bernilai

Rempah ratus dagangan bernilai Credit   WARTAWAN SINAR HARIAN Published: November 12, 2011 Keunikan rasa dan bau menjadi salah satu faktor rempah ratus sentiasa menjadi pilihan dalam kebanyakan menu masakan di Malaysia kini. Tidak kira kaum Melayu, Cina, atau India, pasti terdapat menu masakan yang memerlukan penggunaan rempah. Seiring dengan budaya hidup berbilang kaum, kebanyakan menu masakan di Malaysia kini telah banyak dicampuradukkan. Dahulu, rempah ratus lebih terkenal dalam masakan India, namun kini adalah tidak pelik jika dalam masakan Cina turut menggunakan rempah, begitu juga dengan masa-kan kaum Melayu. Kewujudan percampuran cara masa-kan tersebut telah mewarnai tunas rasa generasi kini sehingga tidak keterlaluan jika dikatakan ia sebagai menu cita rasa Malaysia. Penggunaan rempah ratus kini lebih mudah kerana ia dipasarkan dalam bentuk paket segera yang dipasarkan menerusi pelbagai jenama. Antara serbuk rempah yang menjadi pilihan dan sentiasa digunakan dalam menu masakan

Buah Manjakani - Khasiat dan Kelebihannya

Petua orang lama tidak dapat tidak untuk kita tolak dan tidak mengamalkannya. Antara petua dan amalan orang dahulu untuk menjaga kesihatan dalaman dan keharmonian rumahtangga ialah mengamalkan makan dan menggunakan herba. Manjakani merupakan salah satu amalan yang amat sinonim dengan amalan penjagaan kecantikkan oleh golongan wanita zaman dahulu.  Sehingga kini amalan memakan dan menggunakan herba seribu guna ini masih lagi dipraktikkan.  Tidak kira sama ada secara tradisional atau moden.   Kandungan Kimia yang terdapat dalam buah Manjakani secara semulajadi ialah  - Tannins  - Gllic Acids  - Antioxidants  - Vitamin ~ A dan C  - Mineral ~ Calcium, Iron  - Fiber - Protein  - Karbohidrat Panduan Menggunakan Buah Manjakani  Buah Manjakani Asli  Buah Manjakani boleh dijadikan sebagai air rebusan.  Air rebusan buah Manjakani merupakan salah satu bentuk pencuci keintiman wanita yang sangat hebat  bukan sahaja membantu mencuci bahagian sulit wanita tetapi juga boleh merawat masalah bau yang k

REMPAH MASAK HITAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Adakah anda terlalu sibuk, tidak ada masa untuk memasak. Disini kedai kari sheena ada membuat tempahan untuk masakan hitam. Rempah ratus yang sudah siap dan anda hanya perlu memasukan ayam atau daging sahaja, Semudah ABC. Untuk tempahan atau keterangan lanjut sila hubungi puan sheena di 0198668615 /01125004376.

Kedai Rempah ratus

Assalamualaikum dan selamat malam, Saya ada menjual pelbagai jenis rempah ratus untuk masakan anda masa kini. Di samping itu ada pelbagai rempah siap hanya ada di kedai sheena sahaja. Tempahan dibuka kepada semua pelanggan yang di hormati dan di sini saya ada menjual kari basah, rempah ratus termasuk rempah untuk masakan seperti masakan hitam, masak merah, sup, dan kari. Tempahan ini diberi keutamaan kepada mereka yang berada di sekitar Bandar Sarikei dan seluruh Sarawak tetapi di luar Sarawak pun kami ada menerima tempahan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi 01125004376 Puan Sheena untuk keterangan lanjut atau boleh isi borang di bawah ini