Skip to main content

SERUNDING HALIA DAN KENAPA HALIA PENTING UNTUK TUBUH SIHAT ???



Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu. Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah.


Halia dalam perubatan moden 

Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden.
Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.
Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale dari keluarga zingiberaceae kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitaminC dan niasin.



Halia sebagai perisa Masakan

Di kalangan mayarakat Malaysia, halia bukan saja berkhasiat malah menjadi perisa atau sebahagian daripada ramuan masakan.
Selain berbau harum, campuran halia dalam masakan menjadi pembuka selera makan. Selalunya halia ditumbuk atau dimayang halus, ditumis bersama perencah lain untuk masakan sup, kari, sambal, rendang dan tomyam.
Buang Angin dengan halia

Dalam perubatan alternatif, halia yang ditumbuk atau air rebusannya digunakan sebagai ubat minum atau sapu.
Seperti yang diketahui umum, air rebusan halia yang dicampur lada hitam boleh menghilangkan angin di perut . Air rebusan ini sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang mengalami masalah angin seluruh badan.
Halia telah di gunakan sejak zaman berzaman untuk kesihatan manusia Allah ciptakan tumbuhan ini untuk memberi kesihatan kepada manusia agar bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan.
Serunding halia 

Kenapa Halia ? Kenapa dijadikan Serunding ? Ini disebabkan kerana halia sukar untuk dimakan begitu sahaja dan ramai yang tidak menyukainya.

Halia dijadikan serunding sebab senang untuk dimakan, sedap, boleh dimakan bersama nasi panas atau bersama lauk atau begitu sahaja. Rasa yang ranggup, pedas dan mengekalkan rasa dan khasiat halia.



Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau 01125004376

Comments

Popular posts from this blog

ASAM PEDAS

 Assalamualakum dan salam sejahtera semua nak tahu tak pes asam pedas Inana ni salah satu produk Inana yang sudah sheena jual pada 2016 lagi. Rasanya sangat sedap dipadankan rasa masam dan pedas hanya makan dengan nasi panas panas. Nak masak pun mudah tau!! Asam pedas ni sheena datangkan dalam dua jenis masakan iaitu asam pedas untuk ikan dan asam pedas ayam dan daging ..sedap sekali makan nak lagi tau.. Saksikan cara manual asam pedas untuk daging... Nak dapatkan produk Inana anda boleh hubungi sheena melalui link ini  klik di sini

Premix oden, premix kerutok dan premux shellout

Assalamualaikum semua, selamat pagi.Hari ini sheena memperkenalkan premix keluaran inana. Mudah nak guna buka plastik dah boleh hidu keharumannya.   Semua premix ini boleh dipelbagaikan dan terpulang pada kepakaran anda sendiri tau.. Sheena masih buka kelas pjj serbuk, jadi pada yang berminat boleh whatsapp sheena di 0169724191

BUNGA LAWANG

Bunga lawang (bahasa Inggeris: star anise) ialah sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Ia dikatakan berasal dari Indochina dan Jepun. Selain digunakan dalam masakan Melayu, ia juga boleh ditemui dalam masakan Timur Tengah dan India. Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak.Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan diEropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu. Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman.Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil.Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning.Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari. Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama sepe...