Skip to main content

Sarikei Sarawak









Sarikei merupakan bahagian keenam dalam sebelas bahagian di negeri Sarawak pada suatu masa dahulu(Wikipedia).Selain itu,ia turut dikenali dengan aktiviti sambutan Pesta Nanas yang sering diadakan setiap tahun.Terletak hampir 45km dari kawasan simpang daerah kecil Roban,perjalanan menaiki pengangkutan awam(bas atau van) mungkin mengambil masa sekitar 1 jam 15 minit jika berlaku kesesakan lalulintas.Sepanjang perjalanan pula akan melihat banyak pemandangan kawasan penanaman lada,kelapa sawit dan ada juga ladang persendirian yang diusahakan oleh penduduk setempat.





Bandar Sarikei dibahagikan kepada beberapa kawasan tertentu seperti Pekan Jakar,Pasar Tamu Nyelong,Hulu Sarikei yang meliputi kawasan "resort" Bukit Sebangkoi dan juga kawasan tengah Sarikei.Bintangor yang turut terkenal dengan kawasan penanaman buah limau dan terletaknya kampus Maktab Perguruan Rajang, juga termasuk dalam bahagian Sarikei dan akhir sekali kawasan Pakan yang kerap menjadi "laluan tikus" oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab membawa masuk hasil balak secara haram.Penulis sendiri tidak mahu mengulas lebih lanjut, mengenai aktiviti pembalakan haram di kawasan ini kerana sejak di bawah pimpinan Ketua Menteri Sarawak yang baru iaitu Adenan Satem,beliau telah berjaya membanteras sindiket pembalakan haram dan mengetatkan syarat-syarat pemberian lesen pembalakan hingga kini.


Jika ingin melihat sendiri keunikan bandar Sarikei,kalian boleh berkunjung sewaktu pertengahan bulan Mac hingga Julai di mana banyak perayaan yang diraikan dalam bulan tersebut.Misalnya sambutan Perayaan Kuih Bulan,pertandingan Kumang/Keling Gawai peringkat Sarikei,Pesta Fun Fair,Bazaar Ramadhan dan lain-lain lagi.Bagi yang ingin mengetahui bila Pesta Nanas Sarikei akan diadakan,jadual dan tarikh acara tersebut biasanya diumumkan melalui media massa seperti radio tempatan Cats FM dan juga Wai FM.Majoriti penduduk kawasan Sarikei terdiri daripada bangsa Cina,Iban,Melayu,Melanau dan ada juga suku Kenyah.Kebanyakan penduduk terlibat dengan sektor ekonomi berasaskan perniagaan,pertanian dan perkapalan.


Antara tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di Sarikei ialah Kolam Renang Awam Sarikei,gereja-gereja yang dibina sewaktu penjajahan British,tempat latihan kawad kaki & lapang sasar Kadet Polis Sungai Paoh yang merupakan sebuah kubu tinggalan tentera Jepun suatu ketika dahulu dan juga Waterfront Sarikei buat sesiapa yang ingin melihat sendiri pemandangan Sungai Rajang; yang merupakan sungai terpanjang di Malaysia.Sedikit kisah yang pernah dikongsikan oleh mak penulis iaitu berkaitan kapal yang karam berdekatan kawasan Sungai Rajang yang bernama Kapal Pulau Kidjang.Ada kejadian aneh yang berlaku sebelum kapal itu karam pernah diceritakan oleh majalah Pegari(sebuah majalah terbitan dalam Bahasa Iban)di mana beberapa ekor tikus dikatakan melarikan diri dari kapal tersebut sebelum kapal itu bertolak ke destinasinya.







Semoga semua pembaca mendapat info dan gambaran yang lebih mendalam mengenai latar belakang kawasan Sarikei,Sarawak. 

Comments

Popular posts from this blog

ASAM PEDAS

 Assalamualakum dan salam sejahtera semua nak tahu tak pes asam pedas Inana ni salah satu produk Inana yang sudah sheena jual pada 2016 lagi. Rasanya sangat sedap dipadankan rasa masam dan pedas hanya makan dengan nasi panas panas. Nak masak pun mudah tau!! Asam pedas ni sheena datangkan dalam dua jenis masakan iaitu asam pedas untuk ikan dan asam pedas ayam dan daging ..sedap sekali makan nak lagi tau.. Saksikan cara manual asam pedas untuk daging... Nak dapatkan produk Inana anda boleh hubungi sheena melalui link ini  klik di sini

Premix oden, premix kerutok dan premux shellout

Assalamualaikum semua, selamat pagi.Hari ini sheena memperkenalkan premix keluaran inana. Mudah nak guna buka plastik dah boleh hidu keharumannya.   Semua premix ini boleh dipelbagaikan dan terpulang pada kepakaran anda sendiri tau.. Sheena masih buka kelas pjj serbuk, jadi pada yang berminat boleh whatsapp sheena di 0169724191

BUNGA LAWANG

Bunga lawang (bahasa Inggeris: star anise) ialah sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Ia dikatakan berasal dari Indochina dan Jepun. Selain digunakan dalam masakan Melayu, ia juga boleh ditemui dalam masakan Timur Tengah dan India. Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak.Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan diEropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu. Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman.Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil.Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning.Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari. Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama sepe...