Skip to main content

Buah Manjakani - Khasiat dan Kelebihannya




Petua orang lama tidak dapat tidak untuk kita tolak dan tidak mengamalkannya. Antara petua dan amalan orang dahulu untuk menjaga kesihatan dalaman dan keharmonian rumahtangga ialah mengamalkan makan dan menggunakan herba. Manjakani merupakan salah satu amalan yang amat sinonim dengan amalan penjagaan kecantikkan oleh golongan wanita zaman dahulu. Sehingga kini amalan memakan dan menggunakan herba seribu guna ini masih lagi dipraktikkan. Tidak kira sama ada secara tradisional atau moden.


Kandungan Kimia yang terdapat dalam buah Manjakani secara semulajadi ialah

- Tannins
- Gllic Acids
- Antioxidants
- Vitamin ~ A dan C
- Mineral ~ Calcium, Iron
- Fiber
- Protein
- Karbohidrat





Panduan Menggunakan Buah Manjakani

Buah Manjakani Asli





Buah Manjakani boleh dijadikan sebagai air rebusan. Air rebusan buah Manjakani merupakan salah satu bentuk pencuci keintiman wanita yang sangat hebat bukan sahaja membantu mencuci bahagian sulit wanita tetapi juga boleh merawat masalah bau yang kurang enak di bahagian sulit serta membantu merawat keputihan. Sangat mudah untuk membuat air rebusan dari buah Manjakani anda hanya perlu mengambil 5-10 biji buah Manjakani dan rebus bersama 2 gelas air dan biarkan hingga mendidih dan apabila air rebusan telah sejuk atau suam boleh disimpan di dalam bekas seperti botol dan digunakan untuk mencuci vagina. Namun begitu, anda digalakkan untuk menyimpan air rebusan ini hanya untuk 3 hari sahaja. Selain di simpan di dalam botol anda juga boleh menyimpan air rebusan buah manjakani ini di dalam periuk rebusan terutama yang periuk tanah.

Air rebusan buah Manjakani ini juga boleh dijadikan sebagai air minuman untuk membantu menjaga kesihatan dan kecantikan dari dalam dan membantu untuk kekal awet muda. Minum air rebusan setiap pagi akan membantu tubuh lebih cergas bertenaga sepanjang hari. Di samping itu, anda akan mendapat bonus badan yang lebih langsing hanya amalkan minum ½ cawan air rebusan Manjakani suam setiap pagi.

Selain itu, buah Manjakani juga boleh dijadikan ulam untuk di makan dengan nasi panas. Namun begitu rasanya sedikit pahit. Cara mengamalkannya amat mudah, ambil sebiji buah Manjakani dan masukkan ke dalam nasi yang sedang mendidih apabila nasi telah masak ambil buah tersebut dan potong nipis-nipis ketika buah masih lembut dan makan bersama nasi panas. Sangat-sangat digalakkan kepada mereka yang masih dalam tempoh berpantang.



Serbuk Buah Manjakani





Buah Manjakani juga boleh di olah menjadi serbuk kering dan dimasukkan ke dalam kapsul. Cara ini lebih mudah untuk diamalkan terutama bagi mereka yang tidak tahan dengan rasa pahit buah Manjakani.



Tips pengambilan serbuk buah Manjakani
Sapuan Istimewa

Serbuk Manjakani ini boleh di bancuh dengan air dan dijadikan masker vagina terutama bagi mereka yang bersalin normal. Ia akan dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan. Selain itu, ia juga membantu memantapkan semula vagina agar lebih anjal dan rapat.

Masker Wajah

Selain itu, serbuk manjakani juga boleh dijadikan masker muka untuk merawat kulit berjerawat dan menegangkan wajah. Hanya bancuh sedikit serbuk manjakani dengan sedikit air dan sapukan di wajah yang bermasalah. Anda boleh mengamalkan seminggu sekali sebelum tidur dan cucilah wajah anda keesokan harinya. Anda pasti teruja dengan hasilnya. Amalan ini tidak hanya boleh di lakukan oleh ibu-ibu yang telah bersalin malahan juga si dara sunti dan si teruna yang mempunya masalah jerawat.



Kebaikan dan khasiat Buah Manjakani 

Awet Muda - Anti Oksidan yang terdapat dalam buah manjakani dapat 
membantu melambatkan proses penuaan
Mencantikkan kulit
Membantu mencegah jerawat
Pencegahan Diabetes - Gallic Acid dapat membantu mencegah diabetes dan asma
Pencegahan dari kanser serviks dan payudara
Membantu merawat keputihan kerana kandungan estrigent dalam buah manjakani membantu menyingkirkan bakteria dan fungus yang boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan
Tannins di dalam buah Manjakani pula dapat membantu menegangkan oto-otot faraj
Membantu mengurangkan lebihan mukus dan lelehan di vagina
Membantu menstabilkan hormon dan melancarkan peredaran darah
Membantu memberi tenaga
Membantu menjaga kesihatan mata - Memperbaiki tahap penglihatan
Kalsium yang terdapat dalam manjakani juga membantu menguatkan gigi dan tulang
Memelihara kebersihan mulut
Sangat Mujarab untuk merawat luka dalaman dan luaran

Comments

Popular posts from this blog

ASAM PEDAS

 Assalamualakum dan salam sejahtera semua nak tahu tak pes asam pedas Inana ni salah satu produk Inana yang sudah sheena jual pada 2016 lagi. Rasanya sangat sedap dipadankan rasa masam dan pedas hanya makan dengan nasi panas panas. Nak masak pun mudah tau!! Asam pedas ni sheena datangkan dalam dua jenis masakan iaitu asam pedas untuk ikan dan asam pedas ayam dan daging ..sedap sekali makan nak lagi tau.. Saksikan cara manual asam pedas untuk daging... Nak dapatkan produk Inana anda boleh hubungi sheena melalui link ini  klik di sini

Premix oden, premix kerutok dan premux shellout

Assalamualaikum semua, selamat pagi.Hari ini sheena memperkenalkan premix keluaran inana. Mudah nak guna buka plastik dah boleh hidu keharumannya.   Semua premix ini boleh dipelbagaikan dan terpulang pada kepakaran anda sendiri tau.. Sheena masih buka kelas pjj serbuk, jadi pada yang berminat boleh whatsapp sheena di 0169724191

BUNGA LAWANG

Bunga lawang (bahasa Inggeris: star anise) ialah sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Ia dikatakan berasal dari Indochina dan Jepun. Selain digunakan dalam masakan Melayu, ia juga boleh ditemui dalam masakan Timur Tengah dan India. Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak.Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan diEropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu. Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman.Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil.Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning.Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari. Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama sepe...