Skip to main content

Bubur Pedas Sarawak



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Bubur Pedas adalah masakan yang paling popular di Sarawak terutama di Bulan Ramadhan.




Resepi BuBur Pedas Sarawak Bahan-Bahan: 

1/. 1 bungkus rempah bubur pedas( agak sukar didapati di Semenanjung & Sabah)direndam terlebih dahulu dlm tempoh 15 minit 

2/. 1 biji keledek (saiz sederhana) 

3/. 250 gram isi ayam (boleh digantikan daging atau udang)
4/. 3 batang kacang panjang 

5/. segenggam udang kering2 

6/. 3-4 batang jagung muda /rebung rebus 

7/. sedikit daun sinkel 8/. ubi kentang 

9/. 2 batang tahu kering 

10/. Sedikit cendawan cina ( hitam )dan cendawan butang 

11/. 2 helai daun kunyit 

12/. 3 ulas bawang putih 

13/. 3 ulas bawang merah 

14/. 2-3 biji cili merah 

15/. 1 cm belacan 

16/. Santan 

* Untuk jenis sayur-sayuran rakan2 boleh mengubah suai mengikut citarasa masing-masing. 

Cara-cara memasak:- 

Tumis bawang merah,bawang putih,udang kering dan cili yang telah ditumbuk halus. Setelah naik bau,rempah bubur pedas dan air,masak hingga mendidih. Masukkan isi ayam@ udang dan kesemua sayur-sayuran . Masukkan santan, akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa.Masak sehingga agak pekat sedikit barulah dihidangkan. Sayur Bunga kering, Cendawan Butang Fresh, diiris mengikut citarasa masing-masing. Cendawan Hitam rebung, daung kunyit dan daun sinkel. kentang, tauhu kering dan Bumbu.

Dah siap pun



Berminat nak membeli bumbu bubur pedas boleh hubungi saya di 01125004376

Comments

Popular posts from this blog

ASAM PEDAS

 Assalamualakum dan salam sejahtera semua nak tahu tak pes asam pedas Inana ni salah satu produk Inana yang sudah sheena jual pada 2016 lagi. Rasanya sangat sedap dipadankan rasa masam dan pedas hanya makan dengan nasi panas panas. Nak masak pun mudah tau!! Asam pedas ni sheena datangkan dalam dua jenis masakan iaitu asam pedas untuk ikan dan asam pedas ayam dan daging ..sedap sekali makan nak lagi tau.. Saksikan cara manual asam pedas untuk daging... Nak dapatkan produk Inana anda boleh hubungi sheena melalui link ini  klik di sini

Premix oden, premix kerutok dan premux shellout

Assalamualaikum semua, selamat pagi.Hari ini sheena memperkenalkan premix keluaran inana. Mudah nak guna buka plastik dah boleh hidu keharumannya.   Semua premix ini boleh dipelbagaikan dan terpulang pada kepakaran anda sendiri tau.. Sheena masih buka kelas pjj serbuk, jadi pada yang berminat boleh whatsapp sheena di 0169724191

BUNGA LAWANG

Bunga lawang (bahasa Inggeris: star anise) ialah sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Ia dikatakan berasal dari Indochina dan Jepun. Selain digunakan dalam masakan Melayu, ia juga boleh ditemui dalam masakan Timur Tengah dan India. Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak.Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan diEropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu. Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman.Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil.Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning.Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari. Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama sepe...