Skip to main content

Rahsia Penggunaan Buah Keras Dalam Masakan



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buah Keras (bahasa Inggeris: Candlenut, Candleberry, Indian walnut, Varnish tree atau Kukui nut tree), juga dikenali sebagai Kemiri di Indonesia dan Lumbang di Filipina, ialah salah satu spesies tumbuhan tergolong dalam keluarga euphorbiaceae.

Selalunya buah keras digunakan sebagai rempah atau perasa (untuk mendapatkan rasa berlemak) dalam masakan terutamanya masakan Melayu dan Indonesia. Ia juga sering digunakan sebagaipemekat kuah. Selain darpada kegunaan dalam masakan, buah keras juga sering dijadikan ramuan dalam kosmetik. Sebagai contoh, buah keras yang telah dihancurkan mampu dijadikan sebagai sabun, syampu dan juga serbuk lulur. Biji buah keras pula dikatakan mampu dijadikan sebagai sumber minyak lampu.
Antara Khasiat buah keras


Minyak daripada buah keras boleh merawat kesan terbakar pada kulit dan kesan regangan wanita selepas bersalinMinyaknya juga boleh melebatkan rambut dan mampu merawat masalah rambut gugur dan bercabang 
Sebagai ramuan untuk kosmetik seperti syampoo,sabun,lulr badan dan sebagainya
Daunnya boleh menghilangkan sakit kepala dgn izin Allah

Sebagai penyedap masakan spt sup,kari,masak merah ayam,rendang,tumisan sayuran dan lain lain lagi









Walaupun boleh dimakan, namun begitu buah keras atau nama botaninya aleurites moluccana merupakan pokok rasmi Hawaii ini perlu dimasak sebelum dimakan kerana mempunyai kandungan toksik (saponin dan phorbol) yang tinggi ketika masih mentah.



Bunganya kecil berwarna putih dan berdiameter kira-kira 1 cm. Buahnya berdiameter 2 hingga 5 cm, berwarna hijau dan berisi serta mempunyai 1 atau 2 biji. Buah keras berbentuk bulat dan bijinya keras mempunyai kandungan minyak yang tinggi dan membolehkannya dijadikan lilin. Rasa dan tekstur buah keras adalah lebih kurang sama dengan kacang macadamia (rasanya lebih "kasar"), dengan kandungan minyak yang serupa tinggi.



Di Hawaii, pokok buah keras ialah lambang kesedaran, perlindungan dan keamanan. Pokok ini dianggap sebagai bentuk tubuh Kamapua'a, dewa babi. Salah satu legenda menceritakan tentang seorang wanita yang walaupun mencuba dengan sedaya upayanya untuk menyenangkan hati suami, selalu dipukul olehnya. 

Akhirnya, suami wanita itu membunuh dan mengebumikannya di bawah sebatang pokok buah keras. Sebagai seorang wanita yang baik hati dan adil, beliau diberikan hidup baru, sedangkan suaminya akhirnya dibunuh. Hilangkan tanda-tanda regangan di perut Selain buahnya yang digunakan sebagai rempah masakan, beberapa bahagian pokok buah keras ini dikatakan mampu digunakan sebagai ubat dalam rawatan tradisional. 

Ðaun pokok buah keras dikatakan mampu digunakan untuk mengurangkan sakit kepala dan gonorea. Ðaun muda yang telah dipanaskan atas api dikatakan mampu dijadikan sebagai tampalan bagi melegakan tulang yang patah, lebam-lebam, luka dan kesakitan. Isi rong pulpa dikatakan mampu digunakan untuk dijadikan tuaman bagi merawat masalah sakit kepala, demam, ulser dan sendi membengkak. Isi rong biji juga dikatakan mempunyai kesan penjulap. Minyak biji buah keras dikatakan bersifat rengsa dan julap dan kadang-kala digunakan seperti minyak jarak.

Minyak ini juga digunakan sebagai perangsang rambut terutamanya dalam system perawatan rambut. Minyak dari biji buah keras dikatakan mampu digunakan untuk merawat kesan kulit terbakar , tanda-tanda regang di perut bagi wanita selepas melahirkan anak dan benjol di perut. 

Ði Sumatera, biji yang telah dibakar dikatakan boleh disapu di pusat bagi melegakan masalah kejang perut. Hilangkan nafas berbau Masalah berkaitan pencernaan juga dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan bahagian-bahagian tertentu pokok buah keras. 

Ði Hawaii, buah dan biji yang telah dipanggang dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat merawat sembelit atau pencuci perut. Getah dari buah muda dikatakan mampu merawat kulat pada kulit. Bagi lelaki yang mengalami masalah pembengkakan pada kemaluan, getah buah dikatakan mampu digunakan bagi merawat masalah tersebut. 

Air rendaman getah buah, bunga dan kulit pokok dikatakan mampu dijadikan ubat untuk merawat sakit tekak, tonsillitis, sakit gigi dan juga nafas berbau. Bagi mengelakkan jangkitan terhadap ulser dan bengkak luaran, getah buah keras juga boleh digunakan untuk disapu pada bahagian tersebut. Rawatan tumor Kulit kayu pokok buah keras pula dikatakan mampu digunakan untuk merawat disenteri dan jus yang dicampurkan dengan santan kelapa digunakan untuk menyembuhkan spru (jangkitan pada usus).

 Ði Jepun kulit kayu ini dikatakan mampu digunakan untuk merawat tumor. Ði Jawa, kulit kayu pokok buah keras ini dikatakan mampu digunakan untuk merawat masalah diarrhea berdarah dan juga disenteri. Air rendaman kulit kayu pula dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat untuk merawat ketidak-suburan wanita. Kulit pokok dan buah yang masih berwarna hijau dikatakan mampu digunakan untuk merawat masalah pernafasan terutamanya asma dan batuk. Walaupun terdapat pelbagai kegunaan setiap bahagian pokok buah keras ini, namun begitu penggunaannya perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Comments

Popular posts from this blog

ASAM PEDAS

 Assalamualakum dan salam sejahtera semua nak tahu tak pes asam pedas Inana ni salah satu produk Inana yang sudah sheena jual pada 2016 lagi. Rasanya sangat sedap dipadankan rasa masam dan pedas hanya makan dengan nasi panas panas. Nak masak pun mudah tau!! Asam pedas ni sheena datangkan dalam dua jenis masakan iaitu asam pedas untuk ikan dan asam pedas ayam dan daging ..sedap sekali makan nak lagi tau.. Saksikan cara manual asam pedas untuk daging... Nak dapatkan produk Inana anda boleh hubungi sheena melalui link ini  klik di sini

Premix oden, premix kerutok dan premux shellout

Assalamualaikum semua, selamat pagi.Hari ini sheena memperkenalkan premix keluaran inana. Mudah nak guna buka plastik dah boleh hidu keharumannya.   Semua premix ini boleh dipelbagaikan dan terpulang pada kepakaran anda sendiri tau.. Sheena masih buka kelas pjj serbuk, jadi pada yang berminat boleh whatsapp sheena di 0169724191

BUNGA LAWANG

Bunga lawang (bahasa Inggeris: star anise) ialah sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Ia dikatakan berasal dari Indochina dan Jepun. Selain digunakan dalam masakan Melayu, ia juga boleh ditemui dalam masakan Timur Tengah dan India. Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak.Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan diEropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu. Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman.Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil.Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning.Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari. Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama sepe...