Skip to main content

PES REMPAH TERBAIK HANYA DARI HR TRADING




Assalamualaikum semua!!!

 Hai dah masak ke ataupun Masak apa hari ni?..Macam tu lah soalan untuk orang dapur tak kira lah anda wanita atau pun lelaki. Sheena sendiri pun ada masa buntu nak masak. Lagi-lagi  kalau ada menu permintaan yang agak rumit. Walaupun hari-hari masak, tapi ada masa nak dapat rasa yang standard agak sukar dan tetap ada lari sikit. 

Tapi kini satu jalan penyelesaian. Pes rempah sedia guna HR Trading penyelamat masalah anda?..Kenapa sheena kata macam tu...ehemm...selain mudah, rasanya juga 'asli' dan sama macam masakan di rumah...memang sedap....Masih tak percaya?..Pes rempah HR Trading ialah pes rempah segera yang cepat dimasak, sesuai untuk golongan bekerja yang tidak punya cukup masa, tapi suka makan di rumah bersama keluarga. Setakat ini ada  pes rempah siap guna, iaitu pes asam pedas, pes kari ikan,kari ayam, pes ayam masak merah,pes masak hitam,paceri nenas, ayam penyet,sup ,rendang,kurma masak kicap dan masam manis...

Pes rempah kari ayam HR Trading yang begitu mudah digunakan, cuma masukkan pes rempah ke dalam periuk, tuang air secukupnya. Kalau nak lemak sikit anda boleh tambah santan atau susu cair. Kacau dan bila mendidih masukkan Ayam atau daging yang telah siap dicuci dan ditoskan. Tambah kentang. Masak sekejap hingga kentang lembut dan ayam atau daging masak. Ok dah siap..rasanya dah cukup lengkap. Tak perlu tambah garam (tapi kalau anda rasa kurang masin, tambah yea).. 9-13 minit dah siap masak...sedap pun sedap, cepat pun yea juga. 1 cup hidangan untuk 1.5 kilo ke 2 kilo ayam atau daging...lebih kurang 5-6 orang makan.




Pes rempah kari ikan HR Trading yang begitu mudah digunakan, cuma masukkan pes rempah ke dalam periuk, tuang air secukupnya (kalau nak lemak sikit anda boleh tambah santan). Kacau dan bila mendidih masukkan ikan yang telah siap dicuci dan ditoskan. Tambah tomato, bendi atau terung. Masak sekejap hingga sayur lembut dan ikan masak. Ok dah siap..rasanya dah cukup lengkap. Tak perlu tambah garam atau asam (tapi kalau anda rasa kurang masin, tambah yea).. 10 - 15 minit dah siap masak...sedap pun sedap, cepat pun yea juga. 1 paket hidangan untuk 4 - 5 orang..





Pes rempah ayam@daging masak hitam ini menarik dan cukup mudah disediakan. Pasti anak-anak anda suka. Tak pedas   Buatnya pun mudah. anda rebus daging sehingga lembut. Kemudian panaskan pes rempah ayam@daging hingga mendidih, tuang air dalam 2 cawan, biar mendidih dan masukkan ayam@daging . Gaul dan masak hingga pekat. Tambah hirisan bawang besar sebelum dihidangkan bersama nasi, nasi minyak atau roti. Sedapp ok..tak tipu. 1 cup paket hidangan untuk 5 -6 orang.




Pes rempah ayam masak merah ini menarik dan cukup mudah disediakan. Rasanya manis dan tak pedas. Cuma kalau anda suka manis, boleh lah tambah sedikit gula. Buatnya pun mudah. anda goreng ayam tapi jangan sampai garing, goreng lembap-lembap. Kemudian panaskan pes rempah ayam masak merah hingga mendidih, tuang air dalam 2 cawan, biar mendidih dan masukkan ayam. Gaul dan masak hingga pekat. Tambah hirisan bawang besar dan hias dengan kacang pis sebelum dihidangkan 1 cup paket hidangan untuk 5 -6 orang.





Pes rempah kurma ayam@daging HR Trading yang begitu mudah digunakan, cuma masukkan pes rempah ke dalam periuk, tuang air secukupnya. Kalau nak lemak sikit anda boleh tambah santan atau susu cair. Kacau dan bila mendidih masukkan Ayam atau daging yang telah siap dicuci dan ditoskan. Tambah kentang. Masak sekejap hingga kentang lembut dan ayam atau daging masak. Tak perlu tambah garam (tapi kalau anda rasa kurang masin, tambah yea).sedap pun sedap, cepat pun yea juga. 1 cup untuk 5-6 orang makan.


Pes asam pedas ikan. Dan yang ni sheena memang syorkan pada mereka yang gemar makan asam pedas tapi tak reti nak masak, atau kurang yakin, risau takut tak dapat rasa asam pedas yang menepati citarasa. Anda boleh cuba yang ni. Cuma masukkan pes dalam periuk, tambah air secukupnya, kacau dan bila mendidih, masukkan ikan pilihan ada. Kalau suka aroma lebih boleh tambah bunga kantan. Daun kesom memang dah ada dalam pes rempah. Boleh masukkan terung. bendi dan tomato jika suka. Sedap makan panas-panas sama nasi...dan pes ini juga anda boleh jadikan kuah laksa asam, janji anda kreatif....sedap ke? Kenalah.cuba baru tau. 1 cup hidangan untuk 4 - 5 orang...




Pes Paceri nenas  ni khas buat pengemar nenas. Anda boleh cuba yang ni. Cuma masukkan pes dalam periuk, tambah air secukupnya, kacau dan bila mendidih, masukkan nenas manis.  Sedap makan panas-panas sama nasi..... Kenalah cuba baru tau. 1 cup hidangan untuk 4 - 5 orang...




Pes sup ayam atau daging ni mudah dan senang. Anda boleh cuba yang ni. Cuma masukkan pes dalam periuk, tambah air secukupnya, kacau dan bila mendidih, masukkan ayam atau daging. Kalau suka aroma lebih boleh tambah kentang, daun sup, sayur lobak merah. Kalau rasa kurang tambahkan sedikit serbuk lada putih. 1 cup hidangan untuk 4 - 5 orang...


Pes perap ayam penyet  ni mudah dan senang.Tidak memerlukan masa yang lama untuk diperap. menjimatkan masa...rasanya pun sangat sedap.



Pes rempah rendang ayam atau daging HR Trading yang begitu mudah digunakan, cuma masukkan pes rempah ke dalam periuk, tuang air secukupnya. Kalau nak lemak sikit anda boleh tambah santan atau susu cair. Kacau dan bila mendidih masukkan Ayam atau daging yang telah siap dicuci dan ditoskan. Tambah kentang dan lebihkan daun kunyit untuk aroma yang sangat sedap Masak sekejap hingga kentang lembut dan ayam atau daging masak. Ok dah siap..rasanya dah cukup lengkap. 1 cup hidangan untuk  5-6 orang makan.





Pes rempah masam manis HR Trading yang begitu mudah digunakan, goreng ikan sehingga garing dan ketepikan dulu. Masuk pes masak masam manis , campur air sedkit. Untuk aroma yang lebih sedap masukkan cili merah, bunga kobis, daun limau purut, nenas dan capsicium. Nyam nyam nyam sedapnya

Jangan lupa LIKE page FB REMPAH SEGERA untuk memudahkan anda bertanya sebarang maklumat. 

Atau anda boleh hubungi saya di 01125004376 atau 0198668615 untuk keterangan lanjut























Comments

Popular posts from this blog

11 Manfaat Rempah Ratus & Bahan Penyedap Makanan Semulajadi

Manfaat rempah ratus sebagai perasa dalam makanan tentunya membantu menaikkan aroma selainkan menambah kelazatan. Rempah seperti bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis dan bahan perasa semulajadi seperti minyak zaitun, limau purut, serta cuka memang biasa di gunakan oleh masyarakat kita sebagai   penyedap masakan   dan penambah aroma hidangan. Credit

KELAS ONLINE (PJJ) SERBUK REMPAH, PES DAN KETAHANAN PES

  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga ALLAH memberikan kita kesihatan yang baik, dan semoga penyakit CONVIC 19 ni cepat lenyap di muka bumi ini dan kita semua dapat menjalani kehidupan kita seperti dulu lagi..aamiin Apa yang berlaku sekarang memang banyak memberi kesan dalam kehidupan kita seharian tetapi apa apa pun kehidupan kita perlu diteruskan. Allah tidak akan mengubah nasib KITA itu tanpa KITA berusaha mengubah nasib kita sendiri. Ok hari ini sheena nak tekankan tentang kelas PJJ PES DAN REMPAH. (dua kelas yang berbeza) dan ada kelas khas untuk mereka yang ingin mempelajari bagaimana nak membuat ketahanan pes TANPA pengawet. ini kelas yang berbeza kerana diluar sana banyak usahan yang mempunyai kepakaran dalam masakan Tapi tidak tahu bagaimana nak membuat pes mereka tahan lama tanpa pengawet dan bagaimana nak memasarkan produk mereka. (Nak tahu boleh je contact sheena tau) Kelas ini sheena adakan secara persendirian. Sheena ada membuat 3 kelas secara berasingan...

Premix oden, premix kerutok dan premux shellout

Assalamualaikum semua, selamat pagi.Hari ini sheena memperkenalkan premix keluaran inana. Mudah nak guna buka plastik dah boleh hidu keharumannya.   Semua premix ini boleh dipelbagaikan dan terpulang pada kepakaran anda sendiri tau.. Sheena masih buka kelas pjj serbuk, jadi pada yang berminat boleh whatsapp sheena di 0169724191