Skip to main content

BETUL KE REMPAH RATUS NI BOLEH MENGHILANGKAN JERAWAT????

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua:)

Apa khabar anda semua pada hari ini. salam maal hijrah, perbaharui azam jangan toleh ke belakang tetapi pandang ke depan. sejarah lama dijadikan tauladan dan cari jalan penyelesaian semoga kita semua menjadi lebih baik dari semalam..aamiin ya allah ya mujib.

Topik saya pada hari ini betulke yang rempah ni boleh menghilangkan jerawat?

Banyak tumbuh-tumbuhan dan rempah-ratus yang diketahui mengandungi bahan yang baik untuk mencantikkan kulit. Ia bukan sahaja digunakan dalam masakan, tetapi khasiatnya yang tinggi membuat segelintir pengguna lebih gemar menjaga kesihatan dan kecantikan diri menggunakan bahan semulajadi yang mudah dan murah berbanding produk yang mengandungi banyak bahan kimia berbahaya. Ada juga sesetengah produk kecantikkan yang menggunakan ekstrak semulajadi ini kerana mempercayai dan memperakui kehebatan khasiat yang terkandung dalamnya.

MANJAKANI
Sumber Foto: Google Image
Manjakani diketahui berfungsi mengetatkan rahim dan otot vagina. Manjakani juga boleh menyelesaikan masalah jerawat yang melanda. Caranya rebus beberapa biji manjakani sehingga lembut. Kemudian picit manjakani sehingga mengeluarkan lendir ataupun getah, lumurkan getah itu di seluruh muka dan anggota badan. Biarkan kering kemudian bilas dengan air bersih.

HALIA
Sumber Foto: ru.kisspng
Halia juga boleh nyahkan jerawat yang tumbuh kerana kandungannya mampu mengembalikan daya hidup kulit tanpa menyebabkan iritasi atau keradangan. Oleskan hirisan halia segar yang disagat nipis pada kulit yang sudah dibersihkan. Terutama di bahagian paling berminyak seperti dahi, pipi dan dagu. Biarkan selama 30 minit dan kemudian bilas dengan air.

BUNGA CENGKIH
Sumber Foto: Google Image
Cengkih mengandung polifenol yang berfungsi sebagai antioksidan dan bersifat antikuman. Cengkih boleh menjadi pencuci yang efektif untuk membersihkan kulit daripada sisa solekan dan mengapuskan bakteria penyebab jerawat. Caranya kisar kering bunga cengkih, tambah sedikit air suam kemudian jadikan seperti masker. Biar masker tersebut kering kemudian bilas seperti biasa.

BUAH MENGKUDU
Sumber Foto: Google Image
Buah mengkudu lazimnya digunakan untuk mencantikkan kulit. Ia boleh dijadikan sebagai masker muka untuk mendapatkan kulit anjal dan bebas jerawat. Caranya, kisar kasar buah mengkudu kemudian tepek sahaja di wajah anda.

KUNYIT
Sumber Foto: Google Image
Jika anda mahu menyingkirkan jerawat, campurkan kunyit yang ditumbuk halus bersama air suam, kacau sehingga sebati dan lulur pada kulit wajah. Selain dapat menyingkirkan sel kulit mati dan jerawat, penggunaan kunyit di seluruh wajah dapat menjadikan kulit anda lebih anjal serta gebu.

BUAH PALA
Sumber Foto: vigon.com
Buah pala mengandungi bahan antikeradangan yang dapat mencegah terjadinya radang pada kulit dan memudarkan bekas jerawat. Caranya kisar kering buah pala, kemudian campurkan serbuk pala dengan madu dan oleskan pada bekas jerawat. Jika dilakukan secara rutin, bekas jerawat akan pudar.

LADA
Sumber Foto: Google Image
Sifat lada hitam yang panas berfungsi sebagai anti bakteria menjadikan ia sesuai sebagai bahan lulur mengelak jerawat timbul. Caranya, campurkan satu sudu lada yang sudah ditumbuk dengan satu sudu teh yogurt lalu oleskan pada permukaan kulit yang sering menjadi lokasi jerawat tumbuh.

KULIT KAYU MANIS
Sumber Foto: steemit.com
Sejak berzaman, kulit kayu manis digunakan secara tradisional untuk kecantikan wajah terutama bagi mengatasi masalah jerawat. Untuk merawat jerawat, kisar halus kulit kayu. Kemudian campur dengan sedikit air dan oleskan pada bahagian jerawat. Dalam beberapa hari anda dapat melihat jerawat akan mula kering.

DAUN TEH
Sumber Foto: Google Image
Selain dijadikan minuman, daun teh juga boleh diaplikasikan pada kulit wajah untuk menghaluskan kulit dan memudarkan jerawat. Untuk memudahkan anda, guna sahaja daun teh sedia ada dijual di pasaran. Rendam daun teh sehingga menjadi sedikit kembang, kemudian tepek di seluruh wajah seperti perbuatan memakai mask. Namun begitu, jika semua bahan ini tidak serasi dengan kulit wajah anda, berhenti menggamalkannya.


 Sumber: beautynesia theaidasue

Untuk mengetahui banyak lagi rempah ratus anda juga boleh berkunjung ke facebook saya Rempah Inana

Comments

Popular posts from this blog

ASAM PEDAS

 Assalamualakum dan salam sejahtera semua nak tahu tak pes asam pedas Inana ni salah satu produk Inana yang sudah sheena jual pada 2016 lagi. Rasanya sangat sedap dipadankan rasa masam dan pedas hanya makan dengan nasi panas panas. Nak masak pun mudah tau!! Asam pedas ni sheena datangkan dalam dua jenis masakan iaitu asam pedas untuk ikan dan asam pedas ayam dan daging ..sedap sekali makan nak lagi tau.. Saksikan cara manual asam pedas untuk daging... Nak dapatkan produk Inana anda boleh hubungi sheena melalui link ini  klik di sini

Premix oden, premix kerutok dan premux shellout

Assalamualaikum semua, selamat pagi.Hari ini sheena memperkenalkan premix keluaran inana. Mudah nak guna buka plastik dah boleh hidu keharumannya.   Semua premix ini boleh dipelbagaikan dan terpulang pada kepakaran anda sendiri tau.. Sheena masih buka kelas pjj serbuk, jadi pada yang berminat boleh whatsapp sheena di 0169724191

BUNGA LAWANG

Bunga lawang (bahasa Inggeris: star anise) ialah sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Ia dikatakan berasal dari Indochina dan Jepun. Selain digunakan dalam masakan Melayu, ia juga boleh ditemui dalam masakan Timur Tengah dan India. Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak.Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan diEropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu. Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman.Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil.Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning.Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari. Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama sepe...