Skip to main content

Tips Agar Rempah Tahan Lama








Rempah memang mempunyai expired date, tp dengan cara penyimpanan yang betul, ianya boleh memendekkan / memanjangkan lagi jangkahayat rempah ratus kita…




Assalamualaikum semua!

Pernah tak kita berhadapan dgn situasi rempah ratus yg kita barubeli berbubuk / rosak dan dah tak boleh nk digunakan lagi?

Dahulu, saya selalu menghadapi situasi mcm ni. Kadang-kadang bila check expired date kat peket, tarikhnya nuuuunnn lambat lagi… nape ek jadi mcm ni?…

Sebenarnya ada macam2 faktor yg menyebabkan rempah ni tak tahan lama / cepat rosak. Faktor paling utama, ialah cara penyimpanannya.

Secara umumnya, rempah ratus yang telah dikeringkan mempunyai jangkahayat yang lama; iaitu antara 1 – 1 setengah tahun (kalau simpan ditempat biasa), atau antara 3 – 5 tahun (kalau simpan kat dlm peti ais). Tarikh luput yang ada pada peket2 rempah adalah untuk panduan kita.

Biasa terjadi pada saya, bila beli rempah kari, then terus masuk peti ais… lepas tu lupa.. heheee…. beberapa bln kemudian time nak masak & menggodek2 peti ais tu cari bahan2 yg boleh guna, barulah terjumpa rempah yg dibeli berbulan2 dahulu… :) Tapi, tengok expired date, alamak!!! dh expired. bila buka peket, hmm….. elok lagi…. nak buang ke nak guna? nak buang ke nak guna??? hmmmm….????

OK, kali ni sy nak kongsi serba sedikit tips cara penyimpanan rempah ratus yang betul supaya tahan lama:-
Simpan rempah di tempat yang dingin dan kering. (Kelembapan, cahaya matahari dan panas membuat rempah ratus lebih cepat kehilangan aroma.)
Elakkan menyimpan rempah pada tempat yang terdedah secara terus kepada cahaya matahari.
Untuk menjaga rempah yang dibeli dalam jumlah banyak agar segar lebih lama, masukkan dalam bekas berpenutup dan simpan di dalam peti ais.
Cahaya, udara, panas, dan kelembapan adalah musuh utama rempah-rempah, maka rempah-rempah harus selalu berada di tempat yang kering dan gelap (err,bukan lembap yer…)
Memanggang rempah adalah 1 lg cara untuk menghilangkan kadar minyak di dalamnya. Hasilnya, rempah-rempah akan lebih tahan lama. Erm, nak panggang macammana?… sangai sahaja rempah2 tersebut atas kuali kering. selain tahan labih lama, rempah-rempah yang disangai/panggang akan lebih sedap rasanya & wangi aromanya.
Kalau peket rempah tu dah dibuka, maka baki rempah tersebut “WAJIB” disimpan didlm bekas yg bersih & diletakkan didalam peti ais. kalau simpan kat luar, mmg x tahan & akan cepat hilang aroma.


Comments

Popular posts from this blog

ASAM PEDAS

 Assalamualakum dan salam sejahtera semua nak tahu tak pes asam pedas Inana ni salah satu produk Inana yang sudah sheena jual pada 2016 lagi. Rasanya sangat sedap dipadankan rasa masam dan pedas hanya makan dengan nasi panas panas. Nak masak pun mudah tau!! Asam pedas ni sheena datangkan dalam dua jenis masakan iaitu asam pedas untuk ikan dan asam pedas ayam dan daging ..sedap sekali makan nak lagi tau.. Saksikan cara manual asam pedas untuk daging... Nak dapatkan produk Inana anda boleh hubungi sheena melalui link ini  klik di sini

SERBUK KARI IKAN

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua  Lama juga sheena tak update rumah sheena ni kan..Alhamdulillah hari ini sheena ada kesempatan untuk update rempah ratus yang ada di kedai sheena, Tajuk sheena hari ini memngenai kari ikan, sheena akan tunjukkan cara masak memggunakan serbuk kaei ikan Inana yang ada di youtube sheena jadi tonton sampai habis tau!!! Serbuk kari inana ni 100% daripada bahan bahan asli yang sheena kisarkan semdiri. Mudah cara menggunakannya  Sheena datangkan dalam 5 bentuk serbuk kari ikan, premix kari ikan, pes kari ikan, kuah kari ikan dan kiub kari ikan. Untuk pertanyaan lanjut anda boleh berhibung dengan sheena  dengan mengisi borang di bawah ini

Premix oden, premix kerutok dan premux shellout

Assalamualaikum semua, selamat pagi.Hari ini sheena memperkenalkan premix keluaran inana. Mudah nak guna buka plastik dah boleh hidu keharumannya.   Semua premix ini boleh dipelbagaikan dan terpulang pada kepakaran anda sendiri tau.. Sheena masih buka kelas pjj serbuk, jadi pada yang berminat boleh whatsapp sheena di 0169724191