Skip to main content

SERBUK DAUN LIMAU PURUT INANA

 Assalamualaikum


    Terbaru daripada Inana serbuk limau purut



Serbuk daun limau purut ni memang banyak kegunaannya selain untuk masakan seperti tomyam ya juga boleh digunakan didalam perubatan serta kecantikan.


Dibawah saya sertakan beberapa resepi yang menggunakan serbuk daun limau purut.


Ikan Bawal dalam Sos Daun Limau Purut (Masam Manis)


Ramuan

  1. Bahan ikan:
  2. 2 ekor ikan bawal
  3. 1/4 cawan tepung serbaguna
  4. 1/2 cawan daun limau purut digoreng garing
  5. Minyak untuk menggoreng
  6. Bahan Sos Daun Limau Purut
  7. 10 ulas bawang putih cincang
  8. 3 biji bawang merah kecil dipotong
  9. 4 biji cili padi hijau dipotong
  10. 4 (3 sb) cili kuning dipotong
  11. (Boleh tambahkan kepedasan atau kurangkan@campur cili besar)
  12. 6 helai daun limau purut dihiris halus
  13. 3 sb sos tiram
  14. 1/4 cawan cuka
  15. 3 sb sos ikan
  16. 1/2 cwn gula pasir (kurangkan ikut rasa) -harini uchu guna madu sahaja
  17. 1/2 sb garam
  18. 1/4 cawan stok ayam
  19. @ 1 kiub ayam
  20. @ 1 sb serbuk pati ayam
  21. 2 sb tepung jagung dibancuh dgn 1/4 cawan air
  22. 2 sb minyak sayuran


Langkah

  1. Goreng daun limau purut, ketepikan atas pinggan hidangan. Ikan- buat hirisan menyerong pada ikan dan keringkan/lap. Salut dengan tepung dan goreng dalam minyak panas sehingga keemasan.

    Resipi Ikan Bawal dalam Sos Daun Limau Purut (Masam Manis) foto langkah 1Resipi Ikan Bawal dalam Sos Daun Limau Purut (Masam Manis) foto langkah 1Resipi Ikan Bawal dalam Sos Daun Limau Purut (Masam Manis) foto langkah 1
  2. Sos: tumis bawang putih dan cili hingga harum. Masukkan bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung. Biarkan mendidih.

    Resipi Ikan Bawal dalam Sos Daun Limau Purut (Masam Manis) foto langkah 2Resipi Ikan Bawal dalam Sos Daun Limau Purut (Masam Manis) foto langkah 2Resipi Ikan Bawal dalam Sos Daun Limau Purut (Masam Manis) foto langkah 2
  3. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sehingga sos pekat. Masukkan daun limau purut yang dihiris halus.

    Resipi Ikan Bawal dalam Sos Daun Limau Purut (Masam Manis) foto langkah 3Resipi Ikan Bawal dalam Sos Daun Limau Purut (Masam Manis) foto langkah 3Resipi Ikan Bawal dalam Sos Daun Limau Purut (Masam Manis) foto langkah 3
  4. Tuangkan sos atas ikan.

    Resipi Ikan Bawal dalam Sos Daun Limau Purut (Masam Manis) foto langkah 4

  5. Resipi Ikan Bawal dalam Sos Daun Limau Purut (Masam Manis) foto langkah 5


Kelebihan Daun Limau Purut

 

Jangan kata limau purut sahaja baik untuk mencantikkan rambut. Daunnya pun tak kurang hebat. Selain digunakan sebagai penyedap beberapa jenis menu popular seperti tomyam dan masak paprik, sebenarnya ada banyak kegunaan lain yang cukup menarik.

Cara Buat Pati Limau Purut Untuk Kulit

Kami kongsikan juga tutorial cara membuat scrub limau purut homemade atau pati buah limau istimewa ini penggunaan seperti rambut, kulit tangan dan kaki dan juga muka. Walau bagaimanapun, bahan-bahan untuk setiap sesuatu penggunaan akan berbeza.

Selain dibuat scrub limau purut untuk rambut dan kulit kepada, ia juga sangat mujarab dijadikan penawar penyakit, ubat kvruskan badan dan banyak lagi. Antara kelebihan daun limau purut adalah:

1. Hilang Bau Busuk

Hiris halus daun limau purut dan letakkan disetiap ruang rumah terutama bahagian dapur. Selain buat udara lebih segar, bau busuk pun hilang.

2. Pewangi Semulajadi

Hiris halus daun limau purut bersama daun pandan. Nak lebih segar tambahkan sedikit kelopak mawar dan renjiskan air mawar. Nak gunakan minyak wangi biasa pun dialu-alukan. Letakkanlah di dalam bilik tidur atau dalam kereta. Wangi sentiasa.

3. Putihkan Gigi

Nak putihkan gigi pun boleh. Kisar sedikit garam dan daun limau purut ke dalam lesung batu , tumbuk halus dan jadikan pes. Pes campuran kedua-dua bahan ini boleh digunakan sebagai bahan pemutih gigi dan menghilangkan bau mulut.

4. Wangikan Badan

Anda juga boleh menghiris daun limau purut dan dicampur sedikit perahan limau purut sebagai bahan mandi wap untuk membuang toksin dan mewangikan tvbuh anda.

5. Tambah Selera Makan

Daun limau purut turut berfungsi sebagai penambah selera makan. Jika demam atau kurang selera makan, tambahkan sedikit daun limau purut untuk membangkitkan selera dan menambah semangat diri anda.

Mulai hari ini, anda boleh cuba untuk buat scrub limau purut untuk rambut dan kulit kepada sendiri kat rumah. Sebaiknya amalkan petua ini dengan kerap dan hasilnya kesihatan rambut anda akan lebih baik dan juga kulit kepala juga akan lebih sihat tiada lagi masalah kelemumur. Semoga bermanfaat.


credit


Bagi yang berminat untuk mendapatkan serbuk daun limau purut boleh berhubung dengan saya melalui link dibawah ini






Comments

Popular posts from this blog

11 Manfaat Rempah Ratus & Bahan Penyedap Makanan Semulajadi

Manfaat rempah ratus sebagai perasa dalam makanan tentunya membantu menaikkan aroma selainkan menambah kelazatan. Rempah seperti bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis dan bahan perasa semulajadi seperti minyak zaitun, limau purut, serta cuka memang biasa di gunakan oleh masyarakat kita sebagai   penyedap masakan   dan penambah aroma hidangan. Credit

KELAS ONLINE (PJJ) SERBUK REMPAH, PES DAN KETAHANAN PES

  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga ALLAH memberikan kita kesihatan yang baik, dan semoga penyakit CONVIC 19 ni cepat lenyap di muka bumi ini dan kita semua dapat menjalani kehidupan kita seperti dulu lagi..aamiin Apa yang berlaku sekarang memang banyak memberi kesan dalam kehidupan kita seharian tetapi apa apa pun kehidupan kita perlu diteruskan. Allah tidak akan mengubah nasib KITA itu tanpa KITA berusaha mengubah nasib kita sendiri. Ok hari ini sheena nak tekankan tentang kelas PJJ PES DAN REMPAH. (dua kelas yang berbeza) dan ada kelas khas untuk mereka yang ingin mempelajari bagaimana nak membuat ketahanan pes TANPA pengawet. ini kelas yang berbeza kerana diluar sana banyak usahan yang mempunyai kepakaran dalam masakan Tapi tidak tahu bagaimana nak membuat pes mereka tahan lama tanpa pengawet dan bagaimana nak memasarkan produk mereka. (Nak tahu boleh je contact sheena tau) Kelas ini sheena adakan secara persendirian. Sheena ada membuat 3 kelas secara berasingan...

Premix oden, premix kerutok dan premux shellout

Assalamualaikum semua, selamat pagi.Hari ini sheena memperkenalkan premix keluaran inana. Mudah nak guna buka plastik dah boleh hidu keharumannya.   Semua premix ini boleh dipelbagaikan dan terpulang pada kepakaran anda sendiri tau.. Sheena masih buka kelas pjj serbuk, jadi pada yang berminat boleh whatsapp sheena di 0169724191