Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

Cara Buat Jus Kunyit Untuk Mantapkan Rahim

Tampil cantik setiap hari pastinya menjadi satu kemestian untuk wanita hari ini. Namun tampil cantik pada luaran sahaja tidak mencukupi jika dalaman mereka goyah dan tidaklah sesihat seperti yang difikirkan. Bagi wanita, amalan menjaga bahagian dalaman terutamanya rahim sangatlah perlu dititik beratkan. Mengamalkan jus kunyit adalah salah satu cara terbaik untuk menjaga bahagian peranakan ini. Ia boleh dibuat sendiri di rumah dan disarakan minum setiap hari. Apa bahan-bahannya dan bagaimana menghasilkannya? Ikuti panduan ini. Bahan-bahan: 2 ketul kunyit 1/2 ketul halia 2 batang serai 1/2 ketul lengkuas 1 biji manjakani Garam secukup rasa 1 liter air Cara Membuat: 1. Ketuk semua bahan ini. 2. Jika suka anda boleh juga mengisarnya. 3. Masak seketika hingga mendidih dan sejukkan. 4. Toskan dan minum airnya. TIP Amalkan pengambilan air ini satu gelas kecil setiap hari. Jus kunyit membantu mengecutkan rahim dan ia baik diminum selepas tempoh haid setiap bulan. Bukan itu sahaja, jus ini am

Petua Tradisional Khas Untuk Wanita

Menegangkan Payudara Petua 1 : Wanita yang sudah bersalin akan mengalami masalah buah dada menjadi kendur tidak bermaya seperti dahulu. Dapatkan beberapa helai daun sireh melayu, ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sireh. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali. Menurut orang tua yang memberikan petua ini, petua ini dipanggil 'Petua Sayang Suami'. Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan. Bersama-samalah kita amalkan. Petua 2 :  Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut ketika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit. Lakukan 2 kali seminggu. Petua 3 :  Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu. Petua 4 :  Amalkan meminum air kanji (ai