Skip to main content

KHASIAT DAN KEBAIKAN KUNYIT


Assalamualaikum. Kunyit merupakan bahan yang sangat penting dalam masakan dan minuman. Selain warna + bentuknya, khasiat dan kelebihan kunyit sangat2 menakjubkan. Tahukah kita bahawa kunyit dapat merawat pelbagai jenis penyakit termasuk penyakit KANSER?

Nutrien yang paling menarik dalam kunyit ialah Curcumin kerana ia dapat memerangi KANSER + penyakit Alzheimer. Nutrien curcumin di dalam kunyit ditugaskan sebagai agen anti-radang yang sangat baik. Selain daripada curcumin, kunyit mengandungi paras yang tinggi zat besi + sederhana tahap vitamin B6 + kalium. Semua vitamin dan mineral adalah sebahagian daripada diet yang sihat + seimbang.

Khasiat Kunyit - adakah warna kunyit ini sama dengan kitab merah jambu ni?

Kelebihan dan kebaikan KUNYIT

  • Agen antiseptik + antibakteria semula jadi, berguna dalam pembasmian luka + terbakar
  • Apabila digabungkan dengan kembang kol, ia telah terbukti dapat mencegah kanser prostat dan menghentikan pertumbuhan kanser prostat yang sedia ada
  • Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru2
  • Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak2.
  • Boleh menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer dengan menghapuskan penumpukan plak amyloyd di dalam otak
  • Boleh mencegah daripada berlaku dalam pelbagai bentuk kanser yang berbeza
  • Anti-radang yang bekerja tanpa kesan sampingan
  • Boleh membantu dalam metabolisme lemak dan membantu dalam pengurusan berat badan
  • Telah lama digunakan dalam perubatan Cina sebagai rawatan untuk kemurungan kerana ciri2 anti-radang, ia adalah satu rawatan semula jadi untuk artritis dan artritis reumatoid
  • Meningkatkan kesan chemotherapy drug Paclitaxel + mengurangkan kesan sampingan
  • Harapan kajian sedang dijalankan ke atas kesan kunyit pada barah pankreas
  • Menghentikan pertumbuhan saluran darah baru di dalam tumor barah
  • Sangat pantas dalam penyembuhan luka2 + membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak
  • Boleh membantu dalam rawatan psoriasis dan lain2 keadaan kulit radang


CARA MEMBUAT JUS KUNYIT

  • Kunyit hidup dibersihkan kulitnya dan direndam 1 jam dengan sedikit garam untuk membuang getah diluaran. Blend kunyit dengan 5 gelas air. Tapis dan masukkan dalam botol kaca. Jika terlalu pekat tambah sedikit air lagi + asam keping + sedikit gula melaka ketul. Simpan dalam fridge. Minum suku cawan setiap pagi dan malam bersama selawat + Al Fatihah.
  • Amalkan jus ini seminggu 2 kali sahaja sudah mencukupi.
  • Untuk pesakit KANSER elak penggunaan gula. 
  • Jus ini sebaiknya diamalkan untuk pesakit KANSER. InsyaAllah.. mudah2an sembuh dengan perlahan2..




P.S. Orang perempuan juga ada minum jus kunyit untuk kesihatan rahim dan badan. Kita yang tidak sakit pun cubalah mengamalkan memakan unyit dengan kuantiti yang sederhana agar sihat sejahtera. Lebihkan kunyit dalam masakan yang menggunakan bahan ini. Selamat menjaga kesihatan.


KESIHATAN YANG BAIK, KELUARGA YANG SIHAT


credit

Comments

Popular posts from this blog

ASAM PEDAS

 Assalamualakum dan salam sejahtera semua nak tahu tak pes asam pedas Inana ni salah satu produk Inana yang sudah sheena jual pada 2016 lagi. Rasanya sangat sedap dipadankan rasa masam dan pedas hanya makan dengan nasi panas panas. Nak masak pun mudah tau!! Asam pedas ni sheena datangkan dalam dua jenis masakan iaitu asam pedas untuk ikan dan asam pedas ayam dan daging ..sedap sekali makan nak lagi tau.. Saksikan cara manual asam pedas untuk daging... Nak dapatkan produk Inana anda boleh hubungi sheena melalui link ini  klik di sini

Premix oden, premix kerutok dan premux shellout

Assalamualaikum semua, selamat pagi.Hari ini sheena memperkenalkan premix keluaran inana. Mudah nak guna buka plastik dah boleh hidu keharumannya.   Semua premix ini boleh dipelbagaikan dan terpulang pada kepakaran anda sendiri tau.. Sheena masih buka kelas pjj serbuk, jadi pada yang berminat boleh whatsapp sheena di 0169724191

BUNGA LAWANG

Bunga lawang (bahasa Inggeris: star anise) ialah sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Ia dikatakan berasal dari Indochina dan Jepun. Selain digunakan dalam masakan Melayu, ia juga boleh ditemui dalam masakan Timur Tengah dan India. Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak.Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan diEropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu. Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman.Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil.Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning.Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari. Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama sepe...